37 minggu keluar darah
Nak solat subuh tadi ada keluar darah. Sampai sekarang takde rasa sakit. Apa perlu buat ek? Ni 2nd baby. Masa 1st baby air ketuban pecah. #ingintahu #pleasehelp #seriusnanya #bantusharing
saya pun 37 minggu lebih keluar darah tapi darah ni keluar bersama keputihan. saya datang ja ke wad bersalin,sana doktor akan cek jantung baby,scan dan periksa juga jika ada bukaan rahim. Masalah saya masalah yang sama,darah keluar sebab dipintu rahim tu luka tapi tiada bukaan. saya memang ada masalah keputihan dan positif gbs. penting untuk cek ke hospital baru kita tahu darah tu tanda nak bersalin atau sebab lain.. semoga dipermudahkan urusan 😊
Baca lagiIkutkan sis kena pergi hospital check . Lain orang lain cara bukaan dia . Try tengok mcm mana result bila ke hospital nanti . Semoga dipermudahkan .
Aamiin 🤲 okay terima kasih
kalau saya anak saya perempuan 3² smw darah... selang brapa jam beranak😌
bgus sis pi hospital takut tu tembuni d bwa...selalu itu yg mahu d pantau bahaya tu atau pi scan cek
lendir ada tak? biasa nya kalau lendir and darah tanda nak bersalin dah
lendir takde. darah je
Hritu masa sy berdarah, sy trus pegi hosp. Lepas tu beranak trus
Dia mcm darah period cmtu je.
2 3hari lagi nak bersalin tu ,,sedia je apa yg patut..
okay, terima kasih
Mum of 1 curious magician