sambung study

nak mintak pendapat akak akak abang abang senior dekat sini . saya baru umur 20 tahun ni . sebelum ni lepas spm study matriks dapat program 1 tahun (2 sem) in course account . tapi habis 1 sem je . sempat exam jugak , muet pun sempat ambik . pastu benti matriks sebab hal peribadi . pastu skrg rasa menyesal pulak tak habiskan study yang berbaki berapa bulan je lagi masa tu 🥹 skrg pulak dah kawin anak pun dah sorang . so saya cadang nak amik diploma dekat oum . tapi saya tak bekerja la . ingat nak mohon ptptn . okay tak ya ? maksud saya , dengan ptptn sahaja , boleh ke saya survive dekat oum ?? kalau boleh taknak libatkan duit suami sebab ni kan keputusan saya sendiri yang nak study . anak besar sikit insha Allah saya mmg akan bekerja . skrg pun dia dah setahun lebih , tapi masih menyusu badan . mohon pendapat dari akak dan abang semua 🥹🙏🏻 #askmommies #mohonbantujawabbunda #sharing #Sharingdong_Bund #bantujawab #AskingAsAMom #Needadvice

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Jika tiada sumber pembiayaan yuran dll keperluan belajar, boleh je ambil PTPTN. Dan pastikan diri semangat nak bekerja tetap, so, ada pendapatan nak bayar balik pinjaman tu. Pengalaman saya ambil PTPTN dgn gaji dulu, alamak tak ingat pula gaji pertama sbb dah 20 tahun berlalu 😅 (kerja tetap) . Dulu sambil lewa je bayar PTPTN. Bila sesak, tak bayar hinggalah ada tahun yg kalau ada tunggakan, kena sekat perjalanan luar negara, dan ada offer utk bayaran balik (panjangkan tempoh dan ubah amount) , hah, baru terhegeh-hegeh nak disiplin bayar. Tapi masa tu bekerja sendiri, pendapatan tak tetap, struggle bayar balik. Alhamdulillah, selesai bayar sebelum tarikh tamat tempoh. Saya Moral of the story, nak berhutang (buat pinjaman) kena bersungguh juga dan disiplin bayar balik. Dan buat buku catatan supaya bila kita mati, waris tahu kita berhutang. Catatan ni lah buat saya bersungguh bayar hutang sbb tak nak menyusahkan waris dan tak nak hisab amalan kita tergantung/ terhalang di alam barzakh dan seterusnya.

Baca lagi

Saya bukan nak mematahkan semangat, tapi jujur saya cakap kalau saya dalam situasi puan, saya cari kerja tetap terus, kerja baik2, dapat buat saving, esok2 boleh lah upgrade apa patut sikit untuk diri sendiri dan anak. Sebab sy yg ada deg ni pun tak padan gaji dapat😩 pulak tu sy nak kena pulun kerja kaw2 hanya utk membayar hutang ptptn. now ada anak yg bakal lahir, nak kena beli barang anak, itu ini. suami banyak membantu, tapi tula, saya rasa kalau saya sambung belajar, saya lagi menyusahkan keadaan hmmm zaman skrg orang tak pandang dah kelulusan apa kita ada, gaji tetap sama huhu kecuali kalau mmg pangkat besar yg ada title, macam Doctor ke apa... maaf tau ni dari pandangan saya sahaja. Tapi klau puan tetap semangat nak sambung belajar jugak, teruskan puan, masing2 ada tujuan hidup hehe. Goodluck tau

Baca lagi
3d ago

Pendapat ni pun saya setuju juga. Kerja dulu, kumpul duit utk belajar. Lagipun TT kata TT sendiri nak sambung belajar. Kita tak tahu support mental, fizikal, termasuk semangat dan kewangan macamana. So, better kumpul duit sendiri, anak dah berdikari, boleh sambung belajar.

Kalau tak pon boleh cari u yg ada bg mara. Sbb mara Yuran belajar asing, yuran buku asing, dapat duit poket lagi setiap bulan. Nnt bayar balik pon tak perlu bayar full. Ada calculation dan mmg bayar kurang. Kalau ptptn pulak, duit yg dapat every sem cukup utk duit bayar yuran. Boleh jd kalau kos yg mahal sikit sem tu, kena lah topup. Tp mgkin x bnyk lah kalau topup. Score pointer dekan every sem, dapat tukar jadi biasiswa bila pointer cgpa dekan. Tp sy tak sure pengecualian ni ada ke tak utk diploma. Sbb sy degree guna PTPTN ni. Kedua ni pengalaman sy sendiri. Diploma dgn Mara, Degree dgn PTPTN. G. Luck! Semoga dipermudahkan urusan 😊

Baca lagi

1st, bincang dgn suami , dia bg izin tak untk smbung belajar? lpstu, tgk course tu brapa lama n yuran dia mcm mana. amek kira dr segala sudut. maksudnya, ptptn bg brapa ? adakah dpt cover keseluruhan yuran setiap semester atau kne tmbh skit duit sendiri? duit makan, transport semua mcm mana ? tgk kalau full time study tu kne dduk asrama ke or mcm mana? lpstu, kalau kelas weekdays, anak mcm mana? ada orang tlng jaga atau letak pengasuh etc ?

Baca lagi
3d ago

Kalau dah itu hanya sumber yg ada, boleh je sis. Asalkan suami pun izin. Yg penting carilah course yg ada market. Lepas habis study terus kerja. Sebab once habis nk kena terus bayar ptptn dah. Diploma or pjj degree takde pengecualian bayaran if dpt cgpa cemerlang x silap saya