Unlicensed sonographer?
Nah baca... **** Edit: seperti biasa copy paste link kena filter dan jadi: ***, apapun kalian rujuk post di FB Dr. Imelda ye. Ni copy paste perkongsian Dr. Imelda ⬇️ Di Malaysia ni ada macam-macam drama. Sekarang Malaysian Medical Association sudah memberi AMARAN dan masuk di dalam media berita semalam. AMARAN ini ialah sebab sudah tumbuh macam cendawan sonographer yang tiada lesen di klinik-klinik swasta membuat detailed fetal scan. Ini ialah illegal practice. Pegawai Perubatan atau medical officer di klinik GP swasta juga tiada kelayakan untuk membuat detailed fetal scan, maka tidak boleh validate atau menandatangani report oleh sonographer. Sudah banyak kali saya beritahu ibu hamil yang datang ke klinik saya untuk second opinion selepas mereka mendapat detailed ultrasound scan oleh illegal sonographer tidak berlesen ini di klinik swasta. Saya beritahu pesakit ibu hamil, bahawa sonographer ini tidak dibenarkan membuat detailed fetal anatomy scan tanpa pengawasan dan penyeliaan dari pakar maternal dan fetal medicine. Sonographer ini tidak dibenarkan menjadi independent practitioner, sama seperti radiographer di hospital. Jika anda semua lihat tugas radiographer ialah membuat imej Xray yang terbaik di bawah penyeliaan pakar Radiology, kemudian yang membuat report dan yang memberi kaunseling perubatan tentang dapatan Xray itu bukanlah radiographer tetapi doktor pakar perubatan. Tugas sonographer di hospital itu macam radiographer, iaitu sonographer membuat ultrasound scan di bawah penyeliaan dan pengawasan pakar radiology atau pakar maternal dan fetal medicine (untuk scan baby di dalam kandungan ibu hamil), atau pakar cardiology (untuk echocardiogram) dan sonographer tidak dibenarkan memberi pesakit kaunseling perubatan atau menulis report tanpa pengesahan atau validation dari pakar perubatan. Maka sonographer ini tiada lesen untuk amalan independent practice membuat detailed fetal scan di klinik swasta GP yang tiada pemantauan oleh pakar maternal dan fetal medicine. Apa lagi memberi pesakit kaunseling perubatan kononnya ada risiko baby Downs Syndrome lah, ada echogenic focus di dalam jantung baby lah, ada chorionic plexus cyst lah, macam-macam lagi yang mereka belajar dari buku teks lama-lama yang sudah ketinggalan zaman dan tidak uptodate dan mereka memberi pesakit kaunseling maklumat yang sudah ketinggalan zaman, kurang tepat atau tidak benar. Kemudian ibu hamil ini bimbang sampai tidak tidur berhari-hari dan terpaksa cari pakar maternal dan fetal medicine pula untuk detailed scan lagi sekali dan bayar untuk detailed scan DUA kali. Padahal kalau buat scan dengan sonographer di hospital di bawah pemantauan pakar, jika ada kemushkilan atau perkara yang sonographer tidak pasti, atau apa-apa yang tidak normal, pakar akan terus ambil alih untuk menyelesaikannya tanpa pesakit membayar dua kali untuk perkhidmatan yang sama. Baru-baru ini, ada kes bayi meninggal dunia selepas bersalin sebab sonographer di klinik GP membuat detailed scan dan kata semua normal, padahal tidak nampak ada kecacatan serious yang dipanggil congenital diaphragmatic hernia. Jika pesakit saman sonographer ini, mereka tidak boleh membela diri di mahkamah sebab tiada lesen amalan yang diiktirafkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebab itulah saya beritahu setiap ibu hamil yang nak bersalin dengan saya, jika mereka sudah buat detailed fetal scan di klinik GP, saya terpaksa ulang semula detailed scan ini seolah-olah ibu hamil ini tidak pernah buat detailed scan. Sebab kalau saya terima lapuran detailed scan dari sonographer yang saya sudah tahu tidak ada lesen, saya lah yang kena ambil tanggungjawab tentang apa-apa yang berlaku kepada ibu dan bayi ini. Maka ini menjadi tanggungjawab saya memberitahu ibu hamil bahawa saya tidak boleh terima laporan ultrasound detailed scan yang ditulis oleh pengamal yang tiada lesen perkhidmatan. Sekarang, sudah ada AMARAN, oleh Persatuan Perubatan Malaysia dan Persatuan Obstetric & Gynaecology Malaysia. Sekarang dengan amaran ini di dalam media berita, masyarakat juga lebih cerdik. Sekarang diharapkan ada penguatkuasaan undang-undang menghentikan illegal practice seperti ini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.




