Pengalaman anak prolonged jaundice

Mungkin sharing saya akan trigger sesetengah ibu. Maaf saya cuma nak kongsi pengalaman. Pada awalnya saya memang full bf anak. Tapi kuning anak saya makin tinggi dan tiada tanda untuk turun. Saya kerapkan menyusu dan nurse juga check lekapan. Semua ok. Posisi anak ok, lekapan penuh. Anak saya pandai latch. Tapi kuning anak makin tinggi sampai mendadak naik jadi 300 lebih. Saya dan suami ikhtiar guna susu tepung. Barulah ada penurunan yang banyak jadi 100 lebih je tapi saya rasa bersalah, saya kembali ke full bf.. peliknya kuning makin naik pulak tapi kenaikan dia tak sebanyak seperti sebelum ni. Doktor kata dia dah prolonged jaundice. Jadi terpaksalah anak saya hulur tangan untuk MA ambik darah. Meraung menangis sebab MA tak jumpa urat. Dua tiga kali tangan anak saya dicucuk. Nak buat blood test, tapi insufficient sample pulak. Sia-sia segala airmata dan kesakitan anak saya. Mujur doktor decide untuk tidak repeat ambik darah sebab berat naik banyak. Masa tu saya menyesal betul. Saya salahkan diri sendiri. Betul salah saya. Next baby saya nak sewa lampu. Biarlah duit habis asalkan anak saya tak diambil darahnya sedemikian rupa. Kesian sgt. Saya kesal lambat ambik tindakan. Mungkin kalau saya teruskan susu formula dia takkan kena ambik darah.. mungkin kalau saya duit banyak saya boleh sewa lampu tak perlulah tangan sekecil itu dicucuk banyak kali. Maafkan ibu, sayang. Awak sakit sebab ibu masih mentah. Saya masih trauma terkenangkan moment tu.

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Takpe awak, kita sebagai ibu sentiasa nak yang terbaik untuk anak2, dan Allah tahu, kita mampu dan sangat kuat untuk menghadapi dugaan. Rasa bersalah tu memang ada lagi lagi bila keadaan tengah tak okay, tapi kita cuba reflect semula fikir perkara yang indah2. Ohh, dah sejauh ni rupanya aku dapat jaga dan besarkan anak. Kita cherish every moments. Anak first saya pun prolonged jaundice, tapi lepas ambik darah, baru tahu rupanya anak saya ada problem sedikit dengan hati dia. Sebab tu kuning lambat turun. Bacaannya jadi tinggi, tak normal. Kena lah check darah sampai umur setahun, baru discharge. Saya sendiri tak pernah teman anak masa kena check darah tu, suami je teman. Tangan kecil tu masih ada bekas sampai sekarang. Kalau ingat balik, memang rasa sedih sangat. Tapi syukur, suami sangat memahami & supportive. Anak pun dah membesar, anak yang active, sihat, bijak sangat. No worries okay, be happy ibu. A long way journey to go. Semoga yang baik baik sahaja ❤️💪🏻💐

Baca lagi