Baby selsema+batuk
Hi mummy..bb sy br nk masuk 2bln..skrg selsema+batuk..apa cara yg mummy bleh share utk lega kan bb..btw bb sy bb pramatang..kalau g klinik..xde ubat utk bb berusia 3bln kebawah...
Ini cara saya ya. Anak saya sudah berusia 16 bulan. Saya tak pernah lagi beri baby makan ubat batuk atau selsema. Klinik kerajaan ya, tidak akan diberikan ubat. Klinik swasta, akan diberikan ubat. Jika anak saya selsema+batuk, - Pastikan persekitaran baby bersih daripada habuk. Kena selalu sapu rumah, kemas tempat tidur baby. - Jauhkan baby daripada perokok atau asap rokok. Yang ni bahaya ya jika terdedah kepada anak. Let's say ada perokok yang nak sentuh baby, kena pastikan mereka basuh tangan dan tukar baju yang baru atau nak lagi selamat mandi terus baru pegang baby. - Buat tepukan percussion. Yang ni crucial. Bila dah jadi parents ilmu ni kita kena tahu. Percussion ni tepukan yang efektif untuk melonggarkan saluran pernafasan baby. Trust me, anak anda akan lebih selesa selepas tepuk. Lagi lagi bila kahak/lendiran tu dimuntahkan anak. Kalau anak tak muntah, kahak/lendiran akan keluar ikut najis. - Perlu ada nasal aspirator dan ubat untuk cairkan kahak/lendiran. Ada dua jenis di pasaran; jenis spray atau jenis drop. Macam saya suka jenis yang drop. Titiskan few drops dalam hidung baby, then sedut guna nasal aspirator tu. - Mandikan dengan air campuran lemon. - Jangan cium baby ketika baby tidak sihat. Maksudnya orang yang sihat dan tidak sihat tak boleh cium baby. Lebih lebih lagi orang yang tidak sihat. Kalau nak dekat dengan baby kena pakai mask. Ini cara saya la. Harap membantu 🌹
Baca lagi