Luka Luar Dalam Bersalin Czer

Hello mummy siapa ada pengalaman czer boleh thu mummy amalkan apa UTK luka luar dalam cpt sembuh .? And ada apa apa product tak untuk suggestion mommy yg czer . Tq #firstbaby #firstmom

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g. boleh follow fb dia Saya ada ibu-ibu baru bersalin Caesarean Section di dalam wad pagi ni. Saya kata, kalau teringin nak makan pulut ke, lemang ke, rendang ke, silakan lah. Boleh je menikmati hidangan hari raya. Boleh je makan, selagi tiada food allergy kepada makanan ini. TIADA makanan yang boleh menyebabkan nanah. Nanah itu disebabkan oleh kemasukan bakteria di dalam luka badan. Sel darah putih anda akan datang mengelilingi bakteria-bakteria dan kuarantin bakteria itu supaya tidak dibenarkan merebak ke bahagian badan yang lain. Inilah kita namakan nanah atau abscess. Warnanya putih sebab banyak sel darah putih berkumpul di situ nak buat kerja dia sebagai askar menyerang bakteria, bukan sebab makanan warna putih boleh pi tang tu. Makanan tu masuk ke dalam perut untuk dihadamkan, bukan boleh masuk ke dalam luka pembedahan. Anda tak boleh dapat nanah dari apa yang anda makan. Anda tak boleh dapat nanah kalau tak ada infection. Cara saya mencegah patient Caesarean Section saya mendapat nanah atau infection ialah: 1) Bagi nasihat di dalam media sosial lagi, jangan benarkan diri jadi obese kalau nak hamil. Turunkan berat badan yang obese untuk kesihatan sebelum hamil lagi. Pesakit yang obese memang ada lebih Risiko infection selepas apa-apa pembedahan, terutama sekali pembedahan abdomen seperti Caesarean Section. 2) Sentiasa bagi nasihat bagaimana nak kawal diabetes jika ada diabetes semasa hamil dan pantau mereka. Bantu pesakit menerima rawatan untuk kawal diabetes jika perlukan ubat rawatan. Diabetes yang tidak dikawal juga memberi risiko infection yang lebih tinggi jika anda perlukan pembedahan atau jika anda ada luka di badan. 3) Jangan suruh patient bersalin secara Caesarean Section kalau tak perlu. Hanya beri pesakit nasihat buat pembedahan Caesar jika risiko bersalin normal untuk ibu atau bayi itu lebih tinggi dari risiko bersalin secara Caesarean Section. Kalau tak perlu buat Caesar tetapi pesakit memilih nak bersalin secara Caesarean section juga, beritahu pesakit ada risiko yang lebih tinggi untuk mendapat infection jika dibandingkan dengan bersalin normal. Inilah informed consent. 4) Transfer pesakit untuk pembedahan di dalam bilik bedah yang dibersihkan mengikuti protokol, yang ada penapis udara khas untuk bilik bedah menghalang kemasukan kuman melalui udara, bukan bedah dalam wad bersalin. 5) Saya tukar baju, pakai baju scrub yang bersih sebelum masuk ke dewan bedah. 6) Saya tukar kasut, pakai kasut scrub yang tak pernah dikeluarkan dari dewan bedah supaya tak bawa masuk kuman dari luar. 7) Saya pakai tudung kepala supaya rambut saya yang juga membawa kuman tak gugur di dalam bilik bedah dan rambut tak gugur terjatuh ke dalam abdomen pesakit semasa pembedahan. 8)Saya pakai mask supaya kuman dari pernafasan saya dan air liur saya tak tertempias ke dalam abdomen pesakit semasa pembedahan. 9) Saya cuci dan scrub tangan sehingga ke siku bersih-bersih. Jangan pakai cincin, gelang dan jam yang boleh membawa kuman. 10)Saya lap kering tangan sehingga ke siku dengan tuala yang sterile yang sudah dinyahkuman. 11)Saya pakai sarung tangan yang sterile dan tambah lagi satu lagi lapis sarung tangan, atau double glove. 12) Saya pakai baju scrub sterile yang sudah dinyahkuman. 13) Saya bagi pesakit IV antibiotic yang broad spectrum yang membunuh pelbagai jenis bakteria sebelum memulakan pembedahan Caesarean section. 14)Nurse saya cukur rambut pesakit yang ada di bahagian kulit yang nak dibedah, sebab rambut badan juga pembawa bakteria. 15) Saya cuci abdomen pesakit dengan antiseptic seperti iodine atau chlorhexidine yang membasmi bakteria di permukaan kulit pesakit sebelum memulakan pembedahan. 16) Saya gunakan alat-alat sterile yang dinyahkuman untuk pembedahan dan benang sterile yang dinyahkuman untuk menjahit. 17) Saya pastikan pembedahan berjalan dengan cepat dan lancar untuk mengurangkan masa pembedahan supaya kurangkan peluang bakteria dari luar masuk ke dalam abdomen pesakit yang terdedah dan jangan buat incision yang terlalu besar. Kecik saja, cukup untuk saiz kepala baby saja, toksah buka besar-besar. 18) Tutup luka pembedahan dengan plaster yang sterile dan dinyahkuman. 19)Ajar pesakit jaga kebersihan. Suruh mandi dan pastikan tangan tu bersih sebelum menyentuh luka. 20) Nasihatkat pesakit Jangan Merokok. Merokok mengurangkan system immune badan melawan bakteria dan perokok lebih senang dapat infection. 21) Nasihatkan pesakit makan makanan seimbang yang ada pelbagai buah, sayur, protein termasuklah ayam, telur, susu dan makanan laut selagi tiada allergy kepada makanan ini. 22) Kalau dapat infection dan nanah juga, saya akan berikan tambahan antibiotic dengan cepat untuk merawat infection dan nanah. Hanya 6 di dalam 100 pesakit Caesarean Section yang dapat infection selepas pembedahan. Penat tau. Kami dah buat macam-macam untuk anda untuk mencegah infection dan nanah. Anda bukannya bersalin di rumah macam zaman dulu-dulu dengan luka yang tidak dijahit dan tiada antibiotic. Zaman dulu takdak pun suntikan mencegah kancing gigi atau tetanus. Toksah laaa dok dengaq nasihat orang yang dok beranak kat rumah. Depa tak tau apa kami buat kat hospital. Saya habaq kat patients saya yang bersalin Caesarean Section dan bersalin normal, tak payah laaa takut beraya dengan lemang, pulut, rendang. Kalau teringin, boleh makan, tak payah pantang. Mereka berhak dan layak enjoy masa Hari Raya. Jangan bagi pesakit terliur tengok orang lain boleh beraya tapi dia tak boleh beraya. Kalau teringin, sila makan. Makanan bukan penyebab nanah naaaaa. Kami dah buat yang terbaik untuk anda untuk mencegah nanah. Kalau tak mau dapat masalah penghadaman dan angin dalam usus, sila kunyah betul-betul pulut tu sebelum telan untuk membantu sistem penghadaman anda dan jangan makan berlebihan. Pulut tu kalau telan tanpa mengunyah, memanglah kena dikerjakan dengan lebih oleh sistem penghadaman anda. Untuk membantu melumatkan pulut yang tak hadam dalam usus anda, ada koloni bakteria di dalam usus anda yang membantu menghadamkannya. Bakteria inilah yang membuat gas di dalam usus anda yang anda lepaskan sebagai kentut dan sendawa. Semakin lama makanan yang tak dihadamkan duduk dalam usus anda, semakin banyak gas yang dihasilkan, sebab itulah anda akan dapat lebih gas kalau malas mengunyah dan makan banyak-banyak dan jika anda biarkan diri anda dapat sembelit. Apa-apa pun, bersederhanalah......kecuali rokok dan alcohol....yang tu toksah naaaaa.

Baca lagi