ESOK BUKA BUKU PINK

MUMMY!!! Esok saya 1st nak buka buku pink, ada tips tak? risau la kot dia check ada yang tersangkut 😫 #firstmom #pregnancy

ESOK BUKA BUKU PINKGIF
8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Jangan risau.. Buka buku pink takda check apa pun. Cuma kalau boleh datang pagi. Sebab prosuder bukak buku pink ni agak lama juga. Ambil masa. Bukak buku pink dia akan ambil tinggi, timbang berat untuk tahu BMI awk, lepastu ambil tekanan darah, lepastu kencing untuk cek urine, ambil darah cek HB. Lepastu, awk masuk 1 bilik jumpa nurse, nurse cek payudara awak, kaki dan mata. Then, nurse akan buat ujian DASS untuk kesan samada awak ada depression or not. Atau anxiety. Itu sahaja. Then,, nurse akan uruskan buku pink. Then, nurse akan consult la awak cara pemakanan ke macam tu. Risiko-risiko ketika mengandung nurse akan tergkn nanti. Itu sahaja. Lepastu.. nurse akan bagi awak appoiment untuk jumpa nurse dan doktor. Kalau checkup KK, awk akan ada 2 appoinment. Samada jumpa nurse atau doktor. Akan ada masa, personal nurse yg jaga awk akn dtg kerumah untuk cek awk dan kandungan. Itu sahaja. Setiap kali checkup KK prosuder wajib: 1. Timbang berat 2. Tekanan darah 3. Ambil darah cek HB 4. Kencing cek urine

Baca lagi