dari awal mengandung saya asyik lapar tapi makan kuantiti sedikit je.. sebab kalau lapar lagi, saya makan buah, kekacang, sayur dan lain2.. sekarang 6weeks alahan muntah2 tak boleh makan banyak sebab tak boleh nak makan semua.. makan banyak muntah balik.. saya ada makan pedas tapi terlebih pedas sangat sebab lidah sensitif alahan mengandung.. suami saya makan pedas okay je kata tak pedas.. so saya stop makan pedas,fast food, jeruk dan lain2 tak elok.. pasal maggi tu, better elakkan.. kalau teringin, makan 2 sudu pun cukup la buat rasa2.. fikirkan kandungan awak tu.. better kawal makanan dan makan makanan yang berkhasiat.. jaga diri dan kandungan awak dengan baik2..
kena jaga makan awak. nanti berat naik mendadak mcm tu kena minum air gula. bimbang sangkut je. megi tu kurang2kanla makan. tak pregnant pun semua tahu megi tu tak sihat. pregnant lagi la kena extra care. kesian anak dalam perut tu. pedas tu kalau boleh tolerate, boleh aje.
sy tekak tgh x de selera.. tp kalau mkn, habis je.. cuma kalau ty nk mkn apa, sedap ke x, memang xtahu.. sbb lapar.. tp xde selera.. 🤣 mcm2 la ragam kn.. hehe.. layan jelah.. tgh cut air manis.. sementara blm buka buku pink ni.. smoga brt x naik pelik2..
kena jga pemakanan tu sis. sy pun takut2 nak makan. xsemua kita boleh makan.. makanan segera tu xelok untuk kandungan. sy ni lain oula kejadiannya. 😅 hilang selera makan terus. sampai susah hati fikir takut baby tak cukup zat pun ada.
Kalau sy pula bangun tidur pagi je sarapan selera tinggi.. tp bila waktu ptg ke mlm , selera tu xde sgt..tp bila tgh mlm lapar sbb tghari ptg mlm x mkn sgt, tgh mlm mesti lapar tp makan roti pun da cukup.. pagi tu je selera jd2 😂 #5w5dpreggy
sama sis....sy kan, xkisah lh menu apa, semua on. Pstukan portion saya makan lebih byk dr biasa terutamanya nasi. Berat naik tp bukanlah mendadak. Cuma saya skrg kerap sembelit.
Sama saya trimister pertama,sekarang dah masuk 4 week ,tekak rasa lain jer,lapar tu jangan cakaplah asyik nak makan jer
jaga makan sis. makan buah, makan kekacang, ikan3 kecil byk omega 3. semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin
Weeda Ahmad