Maaf ye awak.. banyak red flag untuk awak berpantang kat rumah MIL.. lagi pon jarak rumah terlalu dekat jadi tiada masalah utk mereka ulang alik rumah awak.. saya ringkaskan di sini lebih baik pantang dirumah sendiri.. 1. Tiada privacy.. terlalu ramai bukan muhrim Dan perlu jaga aurat.. then kena tido sebilik dgn CL?? Suami lepas tangan tak payah jaga baby?? kalau nk mintak tolong suami mcm mana? 2. Persekitaran yg tidak sihat.. merokok didalam rumah Dan bilik.. kesian ye dekat baby nty kalau jadi apa².. kita yg hidu asap rokok pon sesak nafas apatah lagi baby.. 3. SIL memandai suruh amek CL kawan dia yg lagi mahal and demand pulak sedangkan awak yg bayar.. 4. SIL cadangkan CL entah Dari ceruk mana tiada pengalaman untuk jaga awak (bayaran mahal) pengalaman ceduk Dari maknya yg jaga menantu pantang je?? 5. Pemakanan tidak sihat.. kena pantang buah, sayur Dan air?? kesannya nty awak kurang susu badan, luka lambat sembuh Dan stress.. blm kira susah nak berak lagi.. masa pantang kena makan makanan yg berkhasiat untuk hasilkan susu and luka cepat baik.. buah, sayur, air semua penting ye.. 6. Percaya benda kurafat Dan mengarut.. apa kaitan tah senduk nasi berlubang dgn vagina kita berulat.. pk logic pon tak sampai.. 7. Kurang berilmu.. baby sehingga 6 bulan ye kena minum susu ibu/formula sahaja tanpa solid food.. 3 bulan nak bagi makan nasi sesilap baby boleh meninggal sebab usus pecah.. perut baby terlalu kecil Dan belum matang untuk proses makanan.. 8. Kesihatan mental awak sangat penting masa berpantang ni.. awak sendiri ada anxiety and depression Dan bergantung kepada ubat.. lebih baik ada suami disisi yg jaga drpd CL yg entah dtg Dari mana.. takut awak meroyan je and harm your baby kalau pantang kat rumah MIL.. belum kira kalau baby meragam and nangis lagi.. mcm² boleh jadi.. 9. Menyusahkan diri nak pack segala barang nak angkut pergi rumah mertua yg jauhnya 3 minute boleh sampai.. Cukup la 9 point ni utk awak fikir sebaiknya sblm buat sebarang keputusan.. fikirkan diri sendiri sblm nak puaskan hati org lain.. badan kita, kita la yg buat keputusan.. drpd luahan awak, 100% awak nak pantang dirumah sendiri.. bincang dgn suami sebaiknya Dan terangkan kenapa penting pantang dirumah sendiri.. semoga dipermudahkan segala urusan awak ok.. maaf Komen terlalu Panjang..
Kalau saya, saya keraskan je hati nak pantang kat rumah sendiri. Kesihatan fizikal dan mental ibu sangat penting ye terutamanya sepanjang berpantang. Nak menyusukan anak pun, perlukan mental dan fizikal yg sihat, baru dpt produce susu yg byk dan berkhasiat utk anak. Kalau emosi terganggu, production susu pun boleh terganggu. Nnt lg mcm² hal. Mil nampak baby mcm tak cukup susu, asek nangis sbb lapar, terus dibagi baby makan nestum la air beras la benda² pelik semua tu. Kang masalah kat baby pulak. Padahal kalau jaga emosi ibu baik², insya Allah susu cukup je utk baby. Sis terus terang n bincang la dgn husband. Bg dia faham. Dia tak perlu nak rasa tersepit pun sbb journey parenthood ni bukan masa berpantang je. Jauhhhhhh lg perjalanan tu. Dia bukan penat waktu pantang ni je. Sampai anak dah besar pun akan penat lg. Nak taknak, kena hadap jugak sama². Bukan isteri sorang je yg nak kena berpenat lelah jaga anak. Dah buat anak sama² kan? So jaga anak sama² jugak. Takde istilah nak kesian kat dia sbb penat kerja ke apa. Anak tu tanggungjawab dan amanah utk dia jugak. Lg satu, biasanya majikan akan bg paternal leave, ambik je la. Tak payah nak rasa rugi ke apa. Kerja takkan habis. Moment² isteri melahirkan dan berpantang ni bukannya selalu. Tak salah pun kalau ambik cuti. Dengan cuti ni jugak la utk dia belajar adapt nak uruskan baby dan berjaga malam.
jangan.. pantang je rumah sendiri.. ambil je cl yg mcm mana awk rncang untuk 10 hari.. ckp je dah booking n dah bayar dah.. awk minta tlg laa cl tu untuk cover awk.. mcm sy semata2 untuk jaga hati org,xnk org terasa,sy minta tlg org untuk cover sy..boleh je sy nk direct ckp tp xsuka la masam2 muka ni.. lagi2 kalau org jenis mmg xnk faham..belum beranak lgi dah mcm2 org tetapkan..pantang ni bukan setakat bdn je kne jaga.. emosi ,fikiran smua kne seiring..nk pantang kt ruang tamu,berpanas2, ipar2 laki lalu lalang,bilik air satu je, mknn smua dicatu,xboleh buat pilihan sendiri n lain2.. kalau sy ,sy mmg xboleh..ni pantang rumah mak ayah pon sy bnyak kali melalak nk blik uma sendiri nk pantang ada suami even suami kerja,sy jaga bby sorg..sbb suami kerjalahh mak ayah sy jaga sy n baby..pastu dah balik sana xboleh handle bby sorg2 trpaksa blik uma mak ayah sy balik 😂 tp kurang2 bab2 makan mak sy xpaksa/ketat..even czer pon mcm2 sy langgar pantang.. cuma rumah mak ayah yg sy tak tahan sbb cuaca panas n ayah sy xboleh dengar baby mnangis..tp bab2 lain smua ok.. tu je..so benda ni smua pilihan awk.. buat pilihan yg tak effect mental fizikal n emosi kita..kalau rasa benda tu awk xboleh,jgn truskan..
Tak perlu pun ikut ckp org. Ikut diri sendiri dan kemampuan. Kalau nak panggil cl, tak perlu lama2 pun. Seminggu tu pun kira lama. Apa yg dibuat cl pun sbnrnya benda basic je pun, setakat mandi pakaikan kita blablabla, itu semua boleh minta tlg suami uruskan sbnrnya, tak perlu cl pun. Sy baru je bersalin ni. Sblm bersalin mmg plan nak ambil cl, tp bila tgk semula pakej yg ditawarkan oleh cl, rasa laaaaa tak berbaloi pun bayar mahal2 tp benda basic je pun, dlm hal ni sy bkn tak mampu, lebih dari mampu alhamdulillah tp itulah, rasa tak berbaloi keluar duit semata utk benda2 yg boleh belajar kt youtube & minta tlg suami je. Bab mknn & pantang larang ikut kata2 org tua ni sy mmg tak ikut pun. Sy lebih kpd fakta ikut kajian saintifik. Kalau ada pantang org2 tua yg elok dan logik diikut, sy ok je. Tp kalau pantang mcm kena kurang minum air la, tak boleh mkn buah/sayur sekian2 mmg sy bantah. Kalau badan tak ada elergik pd sesuatu, tak perlu pun nak sekat2 makan. Selamatkan diri awk dulu, tak payah dgr & ikut telunjuk org. Bab aurat tu mmg kena jaga. Berpantang pun kena selesa supaya tak stress. Bincang dgn husb, bg dia faham habis2an.
kalau macam tu la sikap mil dan sil awak better jangan duduk dengan dorang. lebih waktu pantang ni kita kene kawal emosi. dan nak dibantu oleh suami. bukan org lain. suami je supporter kita. sebb suami je tempat kita boleh bermanja dan mengadu apa2. kalau org tak kenal, nak.minta apa2 pun malu kan. kes kawan sy dia pantang rumah mak mertua, ada ramai adik lelaki duduk sekali, dah lah bilik panas sangat, kene pakai tudung je, nak susu semua tak selesa, toilet berkongsi, nak pulak kuat nangis, dia stress sangat sampai meroyan. dia cerita dia gelak sorang2, jerit2, dan biarkan je anak dia menangis. jadi sangat bahaya...tolong jaga emosi. memang tak faham jenis org tua yg bagai mendera anak menantu pantang dengan bende karut. sy pun pernah kene tapi dgn mak sendiri, itu ini tak boleh makan, air tak bgi minum banyak. sangat merepek. sampai sy sakit. last2 seminggu je saya ajak suami ambil saya balik duduk sendiri dgn suami lagi bahagia. 😁
Maaf ye awak. Kalau saya la kan, awak berpantang je kat rumah awak. Suami kena faham awak. Kena tahu aurat awak. Kena tahu sakitnya beranakkan anak dia. Dia kena utamakan awak keselamatan awak kesihatan awak kebajikan awak dulu baru mak dia. Awak berpantang je kat rumah awak. Kalau awak ambil cl SIL pun awak jugak yg bayar. Better awak ambik je cl awak. Ikut kata hati sendiri. Jgn ikut ckp org. Sudahnya nanti awak jugak yg memberontak. Pulak kalau berpantang dlm rumah yg ramai org. Semua ada cara pantang masing2. Nanti tu tak boleh ni tak boleh tu bentan ni bentan, awak jugak stress. Awak fikirkan diri awak dulu baru org lain. Ok? Nak jaga hati mil, sil boleh, tapi pentingkan diri awak yg dah penat bertarung nyawa tu dulu. Semoga dipermudahkan ya 🥰
Based on pengalaman sendiri. MIL baik macam mana pun JANGAN BERPANTANG kat rumah dia. Lagi2 awak ada depression & anxiety. Saya ni yang takde pun hampir mer*yan sebab buat semuanya serba serbi tak kena ada je nak kondem husb pun selalu backup mak dia. Saya yang pertahankan diri sendiri makan hati sendiri nangis pun husb buat tak tahu je sebab kita sorang kat dalam rumah fam dia. Dia ada fam dia kita sorang je. Anak sampai 3kali keluar masuk NICU sebab kuning. Pergi hosp duduk kat ward dari tengah hari sampai maghrib dengan hujannya dia boleh kata kita merayap!! Awak pantang je kat rumah sendiri wak jangan jadi macam saya. MIL baik je before berpantang tu tapi bila dah berpantang rumah dia benda lain yang jadi lagi2 dia baru terima menantu baru. Awak ada kakak ipar yang suka campur hal awak lagi lah sangat tak perlu pantang kat situ. Sebab kita lepas bersalin emosi & mental lagi rapuh & sensitif. So pantang rumah sendiri tau
Saya berpantang sendiri. Sy lebih pentingkan penyediaan makanan, jadi saya ambil pakej makanan berpantang sahaja utk 30 hari. Baki 14 hari lagi saya /suami boleh sediakan. Just simple2 tp cukup nutrien ibu dan baby. Ambil pakej ni pun, saya tetap pantau menunya. Sy banyak bertanya pada yg ambil khidmat tu dan mana yang saya rasa tak perlu, saya akan maklumkan sendiri dan ganti dgn menu lain. Untuk urutan dan bantuan CL, saya ambil pakej 3 hari shj. Sebab memang sebelum2 ni 3x urut lepas bersalin dah memadai bagi saya. Then nanti memang setiap sekali sebulan saya akan berurut dgn bidan yang sama sebab kita perempuan kan, memang penat dgn kerja dan urus rumah. Badan nak pakai lama. Untuk saya, sy tak perlukan CL lama sebab baby tetap nak mengempeng dgn saya. Bab penyediaan tungku, air mandian herba, tangas, mandikan baby, suami tak kerja jauh..boleh bantu. InsyaALLAH bakal berpantang sendiri untuk anak ke-4 nnt.
Sis, saya ni tgh berpantang skrg. Pantang sorang2 pun takpe asalkan kita happy. Emosi kita tak stabil ye lepas lahirkan anak. Tak termasuk lagi luka kat bawah atau luka czer punya sakit. Kalau pantang dgn org yg buat kita stress, jgn ckp pasal emosi je. Badan kita tak dpt nak recover dgn elok, selalu letih tak bermaya, susu pun tah ada ke tak, and kalau ada boleh drop, lepastu baby yang kelaparan nangis, kita pun nangis sekali. Kalau makan tak cukup zat apa semua, baby pun minum susu tu dari kita. Buatlah keputusan yang terbaik utk diri sendiri. Sebab baby pun affected juga ye. Fikir panjang. pantang cara orang dulu ada yang boleh ikut, tapi seeloknya buat la kajian sendiri, tanya doktor/nurse Btw, CL kena pergi training kursus apa semua dulu ye. Urut lepas beranak ni bukannya boleh urut sembarangan. Doctor & nurse pun jaga kita mcm kita pregnant lagi tau (teliti)
buat xtau je ngn mak mentua ngn kak ipar tu. sis bgtau je da bayar. kalau duit pd husband, mintak kata nak bayar cl. nak pantang kat rumah sndiri. kalau suami suruh pantang kat rumah mertua jugak. kata siapa yg beranak, yg beranak pulak xboleh tentukan diri sndiri. pd saya kalau saya nak pertahankan diri saya, hak saya, bergaduh sikit xpe. menangis je depan dia. baru suami tau kite sungguh2 xnak. pastu nnt dgn mak mentua n kak ipar tu buat xtau je, balik dr hosp lepas beranak nnt balik je rumah sndiri. pastu kata da bayar cl xboleh cancel, nnt depo burn. kalau saya, mmg buat xdengar je. dia spe pulak nak tentukan kite. balik rumah mentua pon makcik dr ceruk mana yg kene uruskan kite ngn baby jugak
Setujuuuuuu!
Ash Rj