Isu nama baby

Hi moms valid ke saya rasa sedih sebab saya yang mengandung 9 bulan tapi mak ayah sibuk nak suruh namakan baby dengan nama yang dorang berkenan. Kami laki bini since dalam perut lagi panggil baby kami dengan nama yang kami pilih tu tapi bila parents tahu dorang cakap nama tu tak sesuai la macam2 la lagi siap bagi nama yang dorang berkenan. Padahal family in law semua okay and support je dengan nama kami pilih. Sedih juga bila parents sendiri dari saya kecik sampai la berumah tangga dah jadi mak pun kena ikut je apa yang dorang tentukan. Dorang rasa entitled untuk atur hidup anak2 sepenuhnya walaupun kami ni semua dah tua. Macam mana ye nak buat. Saya tak suka dengan nama yang parents suggest tu sebab ada masa silam dengan orang yang nama tu. Yang menyakitkan hati bila dorang panggil je baby kami dengan nama yang dorang pilih padahal dorang tahu yang kami panggil baby dengan nama lain. Rasa frustrated dengan family sendiri. #family #bantujawab

40 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kalau boleh minta pendapat dgn orang agama yg dua² belah saling kenal,mungkin asbah ustaz/ustzh tu bgi pendapt diorng buka hati & terima. Bincang elok² kalau x boleh jalan pakai je nama pilihan. Biar diorang panggil nama tu as nama panggilan dari kecil sampai besar. Cuma satu je laa bila dah tetapkan nama yg kita mahu & reject diorng pnya nma memng kena sabar tahan perlian,banding dll. Bila jadi isu mcm ni,satu saja, kena bersabar & berdoa selepas nama budak itu dah termaktub dalam sistem negara.

Baca lagi