Stop pil perancang

Hi moms, sy skrg tgh ambil pil perancang tapi x sesuai dgn saya, sbb asyik period, and period dtg dgn sakit blkg buatkan sy stress sbb sy susukan baby juga. Rasa tak sihat sgt. Ada tak mom yg berpengalaman stop pil perancang lepas 2 bulan ambik? Nurse KK bising tak? Huhuhu Please help and jangan kecam.

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi, mommy. Inform sahaja nurse yang awak nak tukar jenis perancang. Nurse takde hak pun nak marah sebenarnya. Alat perancang tak semestinya kena ambil di KK. Nak ambil di klinik/hospital swasta atau farmasi pun boleh. Saya sendiri tak ambil apa2 perancang. Masa nurse tanya nak ambil perancang apa, saya jawab nak rancang sendiri tanpa menggunakan apa2 alat perancang. Nurse pun okay. Alhamdulillah anak dah 2y++.

Baca lagi
1mo ago

Sama, nurse saya sampai refer saya ke head nurse. Dia tanya kenapa tak nak ambil perancang. Saya tetap dengan jawapan saya nak rancang sendiri. Dua kali saya kena soal siasat hahaha. Bagi saya soal nurse marah tu letak last sekali atau takyah pikir lagi bagus. Just teruskan dengan apa yang awak buat je.

Hi sis, saya pulak cucuk depo sampai sebulan keluar darah saje. Penat, sakit blkg, solat pn jd was2 kjp boleh kjp x, nk stop pn xboleh kena tggu tiga bulan. Next cucuk kali kedua saya xnk pegi cucuk😂 ha itu je nk ckp, kire saya plan stop perancang sendiri🤣

1mo ago

sama lah..cucuk depo sebulan dah kluar darah sikit2😥 tfkir jg perluka amik ubat stop darah 😅

better inform misi and tukar perancang. pnglmn ambil yasmin, everything is okay. tp kena keluar duit sendiri.

1mo ago

Awk bagitau je misi ke nak rancang sendiri?

cakap je nak tukar perancang lain

1mo ago

Klau nak ambik perancang lain tpi taknak ambik dkt KK boleh ke? Jenuh sebulan nak 2-3 kali appointment dkt kk nak check anak nak ambik pil. Huhuh