Perangai pelik

Hi mommy2. Saje la nak tanya apa perangai pelik mommies semenjak pregnant? Orang kata pembawakkan budak 😆 Macam saya, semenjak tahu pregnant ni suka betul melekat dengan suami. Kat rumah memang asyik mengekor dia je, duduk sebelah dia amik bau badan 😂 Lepastu kalau siang memang lembik semacam. Terbaring lesu tak bermaya. Nak makan pun tak selera. Bila malam okay pulak makan berselera, lipat baju la, siap vacuum rumah bagai. And sekarang tak suka makan buah huhu lagi lagi yang mcm kiwi, dragonfruit. Terbayang pun rasa loya padahal dulu memang favourite. Bila husband cakap baru perasan. Kelakar pun ada. Perangai time pregnant ni terbalik dgn before pregnant. #firstbaby #firstmom

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

trimester 1 : suka nangis, tak boleh hidu bau suami, tak boleh duduk dapur, malas mandi, asyik berkemban je, muntah², kurang selera makan, perut berangin, sensitif dgn bau. 24jam lembik, tidur memanjang. trimester 2 : semua back to normal 🤣

TapFluencer

pembawakkan budak mmg pelik² mommy. saya ikut husband x suka makan ikan. kalau before mengandung dlu suka mkn ayam, now nmpk ayam je muntah 😂