Perasaan sedih

Hi mommy semua . Minta maaf kalau saya selalu mengadu dekat sini . Saya stress . Anak saya baby pramatang . Dua hari lagi dia baru sebulan . Kalau ikut mingguan sepatutnya dia baru 39minggu . Kenapa setiap kali selepas menyusu dia muntah semua bukan sikit dan keluar dekat hidung tersembur macam tu ? Saya jadi takut jikalau jadi apa apa . Belah suami suruh selepas menyusu bagi minum air masak . Saya tak bagi dikatanya kita pentingkan diri sendiri . Tolong mommy semua . #ingintahu #bantusharing

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

MIL sy suruh bagi air zamzam skit. Tp alhamdulillah setiap kali dia nak bagi, baby tak nak dan sy dlm hati pun berdoa sungguh2 “anak ibu jangan minum ye nnt dah besar baru ibu bagi air zam zam” .. baby pun pandai tak nak buka mulut. Sis try doa macam tu. Bukan nak pertikai kelebihan air zam zam tp belum sesuai lagi utk dia minum. Bab muntah tu baby sy pun sama , dia pun premature mmg lepas susu selalu muntah, awal2 sy takut juga rupanya mmg kebanyakan baby premature macam tu sbb salur dia belum matang. Even kita dah sendawakan dia. Boleh berlanjutan sampai satu tahun. Tp kalau sampai terkeluar kat hidung better sis tanya doc ya, kalau rasa tak sedap hati terus je jumpa doc.

Baca lagi
3y ago

Terima kasih respon sis . Bila dah jadi mommy ni memang cepat overthinking kan . Tu saya risau . Kadang hati bercampur baur bila nak ajak suami pergi hosp dikatanya kita ni sikit sikit nak hosp hm . Tapi takpela kan . Alhamdulillah kalau itu masih dikatakan normal