Perasaan sedih

Hi mommy semua . Minta maaf kalau saya selalu mengadu dekat sini . Saya stress . Anak saya baby pramatang . Dua hari lagi dia baru sebulan . Kalau ikut mingguan sepatutnya dia baru 39minggu . Kenapa setiap kali selepas menyusu dia muntah semua bukan sikit dan keluar dekat hidung tersembur macam tu ? Saya jadi takut jikalau jadi apa apa . Belah suami suruh selepas menyusu bagi minum air masak . Saya tak bagi dikatanya kita pentingkan diri sendiri . Tolong mommy semua . #ingintahu #bantusharing

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sis ada sendawakan tak? baby sis menyusu badan atau fml? jangan bagi air masak. baby belum boleh minum.

3y ago

Terima kasih respon sis . Sendawakan memang ada setiap kali selepas menyusu . Saya ambil 2/3 jenis cara sendawakan baby untuk kepastian . Anak saya menyusu badan tapi dalam pada masa yang sama saya bagi susu formula khas untuk baby prem untuk support tambah berat badan dia .