Baby 7 bulan cirit birit & demam disebakan alergik makanan

Hi mommy, saya nak tanya mommy yang ada pengalaman anak alergik makanan. Baby saya 7 bulan cirit birit & demam disebabkan alergik makanan. Dah jumpa dr pakar kanak-kanak, dr dah bagi ubat, air garam & suruh tukar susu lactose free selama 10 hari. Alhamdulillah selepas jumpa dr, anak saya semakin baik. Demam hanya 2 hari sahaja & semakin aktif tetapi harini dah masuk hari ke 5 anak saya masih cirit birit tapi cirit birit yang berkurangan tak seperti hari pertama-ketiga. Anak saya akan cirit birit selepas dia minum susu & minum air garam. Saya tukar susu anak saya (Similac lactose free) Soalan saya : 1. Bila baby akan berhenti cirit birit, adakah selama 10 hari? 2. Adakah susu tidak sesuai untuk anak saya disebabkan itu selepas minum dia terus cirit birit? 3. Susu Similac lactose free cepat kenyang ka? Sebab anak saya hanya nak minum 2oz sahaja & akan minum lagi tunggu dalam 3/4 jam. Sebelum ni dia minum frisolac dalam 5/6oz setiap 2 jam.

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

1. My baby had diarrhoea for 6 days long after discharge ward. 2. Time cirit perut memang tak betul. Lepas susu je terus flush out. Takpe, bagi je ORS (air garam) everytime after cirit. Susukan je macam biasa 3. My baby tried Similac but dia macam tak suka, minum pun 2/3oz je. After i tukar NAN lactose free milk baru gradually minum 4/5oz per feed Semoga baby you cepat sembuh ya 🤍

Baca lagi
1y ago

Noted awak, terima kasih jawab semua soalan saya. Baby semakin sihat & cergas 😊