Alahan & Emosi

Hello mommy dan mommy-to-be. Saya ada 2 soalan nak tanya. 1. Normal ke kalau kita hilang selera makan semasa mengandung? Setiap kali makan mesti muntah balik. Perlu risau tak ya? 2. Macam mana mommies kawal emosi semasa mengandung ya? Masa mengandung ni, emosi saya sangat tak stabil. Kejap marah, kejap sedih. Normal ke? Dan macam mana nak atasi masalah ni? Sebab saya takut beri kesan pada baby dalam perut. Saya betul² #ingintahu sebab ini #firstbaby dan #firstpregnancy saya. Terima kasih kepada yang sudi menjawab. 🥹

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hi. sy masa minggu sebelum pun rasa kurang selera makan n bila ada bau yg kurang best, memang akan muntah. Tp suami sy tegur, fikirkan kesihatan baby sbb ni pun my 1st baby lepas tunggu 8 tahun. so, lepas2 tu sy kuatkan semangat walaupun tak ada selera, sy cuba juga untuk makan jugak apa2 makanan macam biskut, roti, cereal, mi. utk kawal emosi ni, utk yg Muslim selalu sy amalkan dengar al quran, baca selawat n dengar2 ceramah untuk bantu tenangkan emosi. selain tu, sy selalu share apa yg sy rasa dengan husband, my mom n my mother in law. so, bila kita rasa tak ok, mereka la yg dapat bg nasihat n etc. selain tu, kita cuba buat apa yg kita suka contoh pergi jalan2, main games or apa2 la utk kurangkan rasa2 yg negatif ni. hopefully dapat membantu sis juga. keep strong n positive ok sis. take care

Baca lagi
1y ago

MasyaAllah. Terima kasih atas perkongsian, sis ❤️

1. Normal.. lama kelamaan alahan ni akan berkurang insyaAllah. U carry baby from scratch so banyak badan nak buat kerja.. try juga isi perut tu jgn sampai lapar sgt okey 2. Dulu saya igt kawal emosi time pregnant ni senang, tapi bila kena dkt batang hidung sendiri saya pun taktahu nak buat apa.. saya menangis sambil minum milo hahahaha tapi apa yg saya boleh nasihatkan dan apa yg saya sendiri praktikkan, saya cuba utk take it easy & tetap kawal emosi. Banyakkan hirup udara segar dkt luar banyak membantu juga stabilkan emosi saya

Baca lagi
1y ago

okay mommy. terima kasih byk² atas respond ❤️