Darah tinggi

Hi mommy boleh bagi pendapat tak?sy ada hipertensi yg sgt2 teruk boleh sampai 203/117.dlm masa yg sama sy penghidap MDD.sy cuma nak minta pendapat semua utk sy tenangkan fikiran sy yg berbelah bahagi πŸ₯Ί doktor cuma suruh sy mkn ubat darah tinggi ja.tp sy masih rasa takut. Takut kehilangan baby sy πŸ₯Ί#pleasehelp

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Penerangan dr page fb doctor imelda. β€œDoctor, saya takut nak makan ubat ni, sebab orang kata itu dan ini kesan sampingannya kepada baby saya.......” Kata ibu hamil ini yang datang ke klinik saya buat pertama kali, tetapi sudah sesak-sesak nafas, tekanan darah yang tinggi melambung, denyutan nadi yang terlalu pantas, dan anak di dalam kandungan yang ada masalah pembesaran. β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”- Mai nak habaq Mereka yang tidak ada cukup pengalaman merawat ibu hamil yang berisiko tinggi .... akan kata kepada ibu dan membimbangkan hati ibu bahawa ubat-ubat hospital ada kesan sampingan kepada anak di dalam kandungan. Contoh-contoh ibu hamil yang berisiko tinggi ialah ibu hamil yang ada penyakit jantung cardiomyopathy, diabetes yang tidak terkawal, masalah thyroid yang tidak terkawal, SLE nephritis yang tidak dikawal, myasthenia gravis yang tak terkawal. Tetapi bila ibu-ibu ini sampai ke klinik saya dalam keadaan yang tenat, saya bagi nasihat kepada ibu-ibu ini, tugas saya ialah menyelamatkan nyawa anda dan nyawa anak di dalam kandungan. Jika ibu hamil sakit, anak di dalam kandungan akan sakit. Jika ibu hamil tenat, anak di dalam kandungan akan tenat. Jika ibu hamil meninggal dunia, anak di dalam kandungan meninggal dunia sekali, tetapi selalunya anak akan meninggal dunia terlebih dahulu. Kerana takut nak makan ubat, anak anda di dalam kandungan akan ada risiko yang lebih tinggi meninggal dunia, dan ibu juga berisiko tinggi meninggal dunia. Selepas mendengar nasihat saya, tiba-tiba, kemungkinan mendapat kesan sampingan yang sedikit dan sementara dari ubat-ubat itu menjadi tidak penting lagi, sebab saya mengajar ibu-ibu membuat PERTIMBANGAN. Jangan dengar kata orang tentang kesan sampingan ubat saja. Belajarlah berfikir adakah kelebihan memakan ubat itu untuk mengawal penyakit itu lebih bernilai dari kemudaratan yang disebabkan oleh kesan sampingan ubat itu, atau, Adakah anak meninggal dunia akibat penyakit ibu menjadi bertambah teruk sebab tak makan ubat itu lebih baik untuknya dari kesan sampingan ubat itu? Alhamdullilah, semua pesakit saya terima nasihat saya. Semua pesakit saya ambil preskripsi ubat yang saya bagi. Alhamdullilah syukur, pesakit-pesakit saya awesome-awesome belaka sebab terima nasihat. Lega bila mereka bersalin dengan selamat.

Baca lagi