Darah tinggi

Hi mommy boleh bagi pendapat tak?sy ada hipertensi yg sgt2 teruk boleh sampai 203/117.dlm masa yg sama sy penghidap MDD.sy cuma nak minta pendapat semua utk sy tenangkan fikiran sy yg berbelah bahagi πŸ₯Ί doktor cuma suruh sy mkn ubat darah tinggi ja.tp sy masih rasa takut. Takut kehilangan baby sy πŸ₯Ί#pleasehelp

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Penerangan dr page fb doctor imelda. β€œDoctor, saya takut nak makan ubat ni, sebab orang kata itu dan ini kesan sampingannya kepada baby saya.......” Kata ibu hamil ini yang datang ke klinik saya buat pertama kali, tetapi sudah sesak-sesak nafas, tekanan darah yang tinggi melambung, denyutan nadi yang terlalu pantas, dan anak di dalam kandungan yang ada masalah pembesaran. β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”- Mai nak habaq Mereka yang tidak ada cukup pengalaman merawat ibu hamil yang berisiko tinggi .... akan kata kepada ibu dan membimbangkan hati ibu bahawa ubat-ubat hospital ada kesan sampingan kepada anak di dalam kandungan. Contoh-contoh ibu hamil yang berisiko tinggi ialah ibu hamil yang ada penyakit jantung cardiomyopathy, diabetes yang tidak terkawal, masalah thyroid yang tidak terkawal, SLE nephritis yang tidak dikawal, myasthenia gravis yang tak terkawal. Tetapi bila ibu-ibu ini sampai ke klinik saya dalam keadaan yang tenat, saya bagi nasihat kepada ibu-ibu ini, tugas saya ialah menyelamatkan nyawa anda dan nyawa anak di dalam kandungan. Jika ibu hamil sakit, anak di dalam kandungan akan sakit. Jika ibu hamil tenat, anak di dalam kandungan akan tenat. Jika ibu hamil meninggal dunia, anak di dalam kandungan meninggal dunia sekali, tetapi selalunya anak akan meninggal dunia terlebih dahulu. Kerana takut nak makan ubat, anak anda di dalam kandungan akan ada risiko yang lebih tinggi meninggal dunia, dan ibu juga berisiko tinggi meninggal dunia. Selepas mendengar nasihat saya, tiba-tiba, kemungkinan mendapat kesan sampingan yang sedikit dan sementara dari ubat-ubat itu menjadi tidak penting lagi, sebab saya mengajar ibu-ibu membuat PERTIMBANGAN. Jangan dengar kata orang tentang kesan sampingan ubat saja. Belajarlah berfikir adakah kelebihan memakan ubat itu untuk mengawal penyakit itu lebih bernilai dari kemudaratan yang disebabkan oleh kesan sampingan ubat itu, atau, Adakah anak meninggal dunia akibat penyakit ibu menjadi bertambah teruk sebab tak makan ubat itu lebih baik untuknya dari kesan sampingan ubat itu? Alhamdullilah, semua pesakit saya terima nasihat saya. Semua pesakit saya ambil preskripsi ubat yang saya bagi. Alhamdullilah syukur, pesakit-pesakit saya awesome-awesome belaka sebab terima nasihat. Lega bila mereka bersalin dengan selamat.

Baca lagi

dptkan nasihat dari doktor. doktor bg ubat darah tinggi, utk kawal darah tinggi. amalkan pemakanan yg sihat. saya tak ada hipertensi tapi first pregnancy saya impending eclampsia salah satu penyakit darah tinggi & kencing kotor yg bahaya utk ibu & anak.. anak pertama saya adalah anak syurga.. kandungan kedua kali ini, doktor kk dah pantau saya dari awal 12minggu bg ubat cair darah utk elak saya dari kena darah tinggi..alhamdulillah anak kedua lahir dengan sihat selamat, tiada darah tingggi, amalkan gaya hidup sihat, jgn stress, sentiasa happy, jgn fikir byk, byk berjalan jog, mkn makanan yg sihat. apa2 pun tnya doktor..

Baca lagi

tolong follow nasihat doctor. doctor tahu apa yg terbaik utk awak. kalau awal xmkn ubt yg diberikan. itu yg lebih membahayakan nyawa anak dlm rahim awak. please bukan dengar cakap org sekeliling awak. awak boleh follow fb doctor imelda balchin pakar o&g. doctor ada share macam2 maklumat. termasok soalan berkaitan awak. kena rajin baca dn scroll je. cumanya jgn tnya pasal berkaitan ubat dgn doctor. sbb nya doctor xnilai tahap kesihatan kita mcm mana.jd doctor xkn layan☺️

Baca lagi

Dr lagi tau apa yang terbaik untuk sis. Tak pun kalau sis takut boleh pergi jumpa dr lain untuk second opinion. Saya takde pengalaman tapi hipertensi masa pregnant high risk. Bukan bahayakan nyawa sis je, bahayakan baby juga. Sis taknak makan ubat sebab takut kehilangan baby, tapi kalau hipertensi sis tak terkawal pun sis boleh kehilangan baby. So pada saya sama ada sis makan ubat atau jumpa dr lain. Jangan biar kan macamtu je. Tinggi sangat tekanan darah sampai 200++ tu.

Baca lagi

sy pun darah tinggi, start mkn ubat dari week 12. ubat darah tinggi kena makan awal, baru ada kesan. kalau lambat makan, chances ubat tu nk bekesan rendah. kakak sy darah tinggi, lambat dan malas makan ubat. dia ada kencing kotor jugak. skrg dah beranak, tp koma. awak nak jd mcm dia ke? kmk ahli keluarga sakit sangat dgn keadaan mcm ni

Baca lagi

terima kasih atas nasihat dan suggestion dari mom² yg ada di sini. now sy dah warded sb high BP.tp alhamdullilah bcaan BP dah cantik.doc bg mkn ubat labetalol. doakan sy dan baby ya moms ❀️

1y ago

inn shaa allah, awak dan baby xde pape❀️🌻. semoga urusan awak dipermudahkan. dan semoga awak dn baby selamat sampai baby lahirπŸ₯°

Mon ubat sis. Dr akan bg ubat yg sesuai utk ibu mengandung jgn risau.

Tinggi sgt tu sis. Bacaan 140 pun doc dah bgtau kena on ubat.

refer pada doktor pakar