Bantu saya.

Hi mommiessss saya nak tanya, awal sangat ke anak baru sebulan saya nak tidurkan pakai buai? Sebab saya tengah buntu, anak saya baru tukar time berjaga dia ke siang. Malam dia tidur mcm biasa. Siang dari 9 pagi sampai ke tenghari atau pkl 1 dia susah nak tidur. Saya dah cuba tidurkan dgn pelbagai cara tapi dia susah nak tidur, mata dah ngantuk. Saya tak faham dia nak macam mana. Saya dah dukung sambil slow goyang, dia tidur. Tapi bila letak di tilam dia melalak. Saya jadi stress dan bingung hari2 hadap benda sama. Bila dia susah tidur dia jadi marah dan nangis menjerit2. Saya terpaksa dukung sentiasa sebab dia tknk di letak. Hmm para ibu yg berpengalaman ada idea apa perlu saya buat? Bantu saya tolong 😔 mental saya dah koyak… tengah dalam pantang lagi. Stress sangat. #firsttimemom #pleasehelp

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Serupala dgn anak sy, pun sama baru ja masuk sebulan.. sebelum brsalin haritu sy dah putuskan x mau pakai buaian tp bila dah baby keluar, tidur pun kelaut dgn baby 24hrs melekat.. Belakang sakit, pinggang sakit, tapak kaki sakit sbb asyik bdiri ja.. baby xmau mummy dia duduk hahaha! nak melepaskan hajat pn klamkabut sbb dgr suara baby nangis, mandi makan jgn cerita lah. Sampaikan sy stress dan sy nangis, air susu sy berkurang. Husb sy belikan buaian, and yes.. SANGAT2 MEMBANTU! Lain baby lain keperluan sis, sy syorkan buat saja apapa yg buatkan sis senang bergerak dan x stress.

Baca lagi