Jaundice naik turun dan cara kurangkan jaundice?
Hi mommies Anak saya detect ada jaundice pada hari ke 4, starting 8,kemudian meningkat kepada 10.6 pada hari ke 5, dan 11.9 pada hari ke 6. Tapi, bacaan birubioin pada hari ke 7 turun sikit ke 10.8 Saya nak tanya, bacaan jaundice boleh naik semula atau terus turun untuk hari seterusnya? Dan betul ke birubilin keluar melalui air kencing dan najis atau najis saja? Tolong mommies. Saya tak ada pengalaman. Anak sebelum ni tak ada jaundice.
saya pon alami masalah sama sis, anak saya hari ke dua lahir, naik 13.4 . masuk nicu duduk bawah lampu 2malam, discharge turun ke 10. elok duduk rumah naik pulak ke 12.4 lps tu tukar susu dri bgi susu badan ke susu formula,turun ke 10 . tetiba nurse suruh saya cmpur susu formula dn susu badan naik mendadak trus ke 17. esok nya cek trus 18. masuk pulak NICU duduk bawah lampu. 🥹 semalam duduk bwak lampu, turun ke 14. bgi susu formula shja turn turn smpai 12.4 eh ttiba hri ni naik pulak 14. allahu.. skrg dh jdi prolonged jaundice. dah siap ambik drah n air kencing dah. xtahu la saya. nak bt mcm mna lagi dah.mcm mcm cra dh buat. skrg ni proceed mcm biasa je..bagi mandi air biasa, susu mcm biasa. xbgi dia duduk tmpt panas panas. x bedung dia biar dia sjuk je. makesure dia makan ikut jam n kerap berak dn kencing
Baca lagiSaya anak pertama dan anak kedua ada jaundis. Saya menggunakan kaedah yg sama, mixfeeding (susu badan dan susu formula) anak saya lelaki, baby boy kuat menyusu kan, susu badan saya pula tak byk. Jd lps saya bg susu badan sy beri pula susu formula. Setiap jam / atau setiap 2 jam bagi kerapkan bagi baby susu. Mcm anak saya sy beri susu lactogen je . Alhamdulillah beransur baik dan dah baik pun. Cuma makan masa dan puan perlu rajin, mcm anak saya ambil masa 3-4 hari juga utk baik kuning, sbb kkdg saya tersasar juga tak larat nak bangun setiap jam tu, especially malam2. Puan cuba ikhtiar ye setiap jam tu, mcm kekerapan saya bg 2oz, dan perlu habis dlm masa kurang 2 jam. Tp kalau dh habis awal, next tu kerapkan shj bg. Then once kuning dh baik, puan boleh back to normal bg 1oz shj utk newborn sudah cukup. 😊
Baca lagi