10 Balas
hi awak. baby awak dh boleh wean off. sbb susu bukan lagi keperluan utama baby awak. max utk susu badan mcm puan @lily bagitau adalah 2tahun. kalau nk juga breastfeed seelok eloknya minta advise dr doctor. biar doctor yg nilai tahap kesihatan awak dan janin dlm rahim awak. setiap ibu condition dia xsama. boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g ni Ramai ibu hamil tanya soalan di media sosial bolehkah menyusukan anak semasa hamil? Jawapan saya: Sudahkah anda jumpa doktor anda di klinik kehamilan untuk pemeriksaan kehamilan dan penilaian kesihatan anda dan kesihatan janin di dalam kandungan? Jika belum, pi jumpa doktor di klinik dan tanya. Jawapannya bergantung kepada kesihatan anda, apakah penilaian kesihatan anda dan adakah anda ibu hamil yang berisiko tinggi. Doktor di media sosial tak boleh bagi consultancy tanpa berjumpa dengan anda dan menilai kesihatan anda. Penyusuan tidak menyebabkan keguguran tetapi apa yang menyebabkan kehamilan berisiko tinggi ialah ANDA TIDAK MENJARAKKAN KEHAMILAN tidak kiralah anda masih menyusu atau tidak. Walaupun anda tak menyusukan bayi, risiko kehamilan adalah lebih tinggi jika anda tidak menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya 18 bulan jika dibandingkan dengan ibu hamil yang walaupun masih menyusukan anak tetapi sudah menjarakkan kehamilan melebihi 18 bulan. Risiko kehamilan lebih tinggi jika anda terhamil semasa 6 bulan pertama selepas bersalin di mana anda masih lagi menyusukan bayi secara eksklusif dan bayi belum lagi boleh mula makanan pelengkap. Jarak kehamilan yang terlalu dekat boleh menyebabkan janin di dalam kandungan tidak membesar seperti sepatutnya (bukan sebab rahim mengecut tetapi sebab janin yang berhenti membesar), masalah kelahiran pramatang, maka kehamilan ini mesti dipantau dengan lebih rapi. Jangan tanya kenapa ada doktor kata boleh terus menyusukan anak semasa hamil dan ada doktor yang suruh ibu lain berhenti menyusukan anak semasa hamil. Setiap pesakit adalah individu berlainan dan doktor pakar sudah ada latihan untuk mengenalpasti risiko yang berlainan untuk setiap individu. Makcik bawang dan penjual produk suka pukul sama rata sebab mereka tak pernah belajar menilai kesihatan individu dan bukan ahli dalam bidang, sebab itulah jika anda hargai kesihatan anda maka anda jangan tanya pendapat di media sosial. Ada ibu yang tak cukup nutrisi dan ada masalah kekurangan darah sebab baru saja bersalin beberapa bulan sudah hamil semula. Ada ibu yang masih dalam pemulihan pembedahan Caesar dan tak patut hamil terlalu cepat selepas bersalin. Ada ibu hamil yang kekurangan vitamin D dan perlu rawatan. Ada ibu hamil yang muntah-muntah dan ada dehydrasi sebab muntah-muntah maka tak boleh meneruskan penyusuan anak. Ada ibu yang loya tak lalu makan semasa hamil sehingga berat badan turun mendadak dan tidak cukup nutrisi. Ada ibu hamil yang janin di dalam kandungan ada masalah pembesaran. Ada ibu hamil yang menyusukan anak sambil-sambilan saja sebab anak sudah besar dan sudah dapat zat secukupnya dari makanan lain tetapi ada ibu hamil yang masih menyusukan anak secara eksklusif dan belum beri anak mula makan. Ada ibu yang memang ada penyakit lain yang belum sembuh maka penyusuan anak semasa hamil lebih membebankan kesihatan ibu yang memang tidak sihat. Semua faktor perlu dipertimbangkan. Di media sosial saya hanya boleh menyampaikan nasihat kesihatan secara am dan tak boleh beri nasihat secara individu untuk anda. Hargailah kesihatan anda dan jangan minta pendapat tentang masalah kesihatan individu anda di media sosial. Jangan abaikan kesihatan anda. Pi jumpa doktor di klinik. #apaapapunjumpadoktornaaaaa
Saya pun menyusu anak 21 bln. Dan skrg doktor suruh saya stop susu sbb saya pregnant 16 minggu. Sebab skrg ni saya ada masalah kurg zat besi, anak saya pun 😭 dan doktor kata mommy yg menyusu ni kena stop sbb takut menyebabkan contraction awal n kelahiran bayi pramatang. Saya ambik advice tu dan saya dlm proses wean off. Tak mudah, tapi kena kuat demi kebaikan mummy, anak, dan kandungan 🤲🏻
Kena tny doktor awak sis. Btw ank sy sebaya sis. Alhamdulillah sy dh berjaya wean off ank. Caranya ckp byk2 kali awk dh big boy, dah takleh susu, nti dh nak pergi sekolah. Setiap hari cakapp berjuta kali. Bila time nk tido ay teman dia kt tepi cakap benda sama ulang2 sambil gosok kepala / badan ank, cium dia supaya dia rasa masih disayangi walaupun kita dh x susukan dia
2y4m tu dah wajar sgt wean off. max kan 2y. mmg kena explain & keraskan hati. dia mintak mommy kena buat taktau & ckp ulang2. nangis2 tu kejap je. sapu la kopi ke apa2 ke yg buat dia takmau. buat ulang2 kali. jgn sekali je. sampai dia serik. mmg kena stop susukan dah sbb baby baru perlu nutrisi banyak lg2 awal hamil sbb dia nk menjadi & membesar.
nk wean off hati mak ayh yg kena kental. tp jgn drastic sgt, slowly stop kcuali masa menyusu tu awk rasa sakit or ada spotting/bleeding mmg kna stop terus. kna kurangkan jdual menyusu,bg ank ralit main, klau dia mintak kena alih perhatian dia.. ank akn guna kuasa tangisan utk menang so klau awk & husband jenis cpt mengalah mmg agak ssah lah..
mcm mne Pon kne pujuk or buat la ppe cara utk dia stop bf. ada kenalan Sy dia bf ank dia masa dia pregnant Dan dia bg taw bila ank dia bf dia rse mcm ada contraction. lagi 1 ank dah 2 thun + kan boleh da stop bf tu. beli fm yg sesuai utk dia. ikhtiar la dgn beli botol susu yg comel2 ke. supaya dia nk Cuba minum guna botol pulak
Dh boleh wean off tu.. ibu mnyusu tak disarankan utk bfeeding .. ada certain ibu bila bfeed akan sakit di bhgian bawah perut.. Dan takut bby tak dapat nutrisi yg cukup.. wean off mmg kita kesian tp ni utk kebaikan ibu dan bby jugak..
sya ank bff 3 tahun 2 bulan..skrng sya mengandung nk masuk 7 bulan...sya mlm ja bgi bff ank..sulam minum susu tepung@kotak..mula2 mmg meragam tk mau lma2 ok la ank phm..
Saya letak minyak Habbatussauda sikit kat nipple, anak rasa pedas dia xnak dah susu. 2-3 kali juga buat mcm tu Alhamdulillah ok, cuma time tido dia nak bau2 tek juga😆
2 thn dh blh wean off tu.. ckp kt anak hari2 , xblh susu dah..nnti adik pulak nk susu.. ulang2..cekalkan hati klu btl2 nk wean off..
fatin nadyra