Caesarean VS Pati Ikan Haruan.

Hi mommies. Usia kandungan sy dah masuk 7 weeks. Mengandung kali kedua dan anak pertama berumur 2 tahun 2 bulan sekarang. Anak pertama dulu lahir caesar. Lepas sebulan berpantang, saya ada ambil pati ikan haruan, beli dekat watson/guardian. Sempat makan 4 botol, sy ambil sebotol selang setiap 4 hari. Habis 4 botol tu sy stop. Harini sy ada baca post2 tentang ibu2 yang pernah makan pati ikan haruan dan terjadinya adhesion (perlekatan organ dalaman) semasa caeser yg berikutnya. Banyak isu yg jadi sewaktu pembedahan. Cthnya, pembedahan ambil waktu yg lama sebab Dr nak pisah2kan perlekatan organ. Sampaikan ibu tu boleh rasa kesakitan pembedahan sebab ubat bius makin berkurang, dah operation terlalu lama kan. Tiba2 risau sangat. Ada tak mommies yg nak share pengalaman kat sini?

undefined profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!