Caesarean VS Pati Ikan Haruan.

Hi mommies. Usia kandungan sy dah masuk 7 weeks. Mengandung kali kedua dan anak pertama berumur 2 tahun 2 bulan sekarang. Anak pertama dulu lahir caesar. Lepas sebulan berpantang, saya ada ambil pati ikan haruan, beli dekat watson/guardian. Sempat makan 4 botol, sy ambil sebotol selang setiap 4 hari. Habis 4 botol tu sy stop. Harini sy ada baca post2 tentang ibu2 yang pernah makan pati ikan haruan dan terjadinya adhesion (perlekatan organ dalaman) semasa caeser yg berikutnya. Banyak isu yg jadi sewaktu pembedahan. Cthnya, pembedahan ambil waktu yg lama sebab Dr nak pisah2kan perlekatan organ. Sampaikan ibu tu boleh rasa kesakitan pembedahan sebab ubat bius makin berkurang, dah operation terlalu lama kan. Tiba2 risau sangat. Ada tak mommies yg nak share pengalaman kat sini?

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Sy pernah trbaca benda yang sama dan trjadi dkt kwn. Pati haruan mmg akn sembuhkn luka dgn cpt tapi untk c sect sgt x digalakkan. Biasa kalau second time preggy, kena scan luka ceaser kan? Sy pun second baby n first ceaser.

2y ago

Fira belum buka buku pink lg, ni kwn fira c sect, dia pg kk then kk bg appointment o&g untuk scan luka. Tapi tak pasti kalau tu hya utk jarak dekat atau apa. Sb kwn fira tu jarak setahun lebih, kena pg scan luka untuk check luka elok ke x

saya tak ada pengalaman,tapi saya ada terbaca jugak pasal ni. sebaiknya sis tanya doctor ye. ikut nasihat doctor 🥰