Eh sama lah saya 25 week 1 day. Ada masalah yang sama juga talasemia beta.. Lagi teruk dari awak dear.. 7 je bacaan hb dari mula2 buka buku pink haha… tapi baru2 ni naik 11hb semua nurse tanya makan apa? Saya kata saya makan kurma hehe.. amal hari2 as snacking. Sebab segala ubat tambah darah saya dah cuba , OBIMIN, MALTOFER, ZINFOCER, IBERET . Semua akan muntah balik. Tapi makan kurma tak muntah malah hb naik Alhamdulillah. Pastu amal minum madu pagi2 letak kat air suam selawat 7 kali.. InsyaAllah boleh naik lagi tu.
Mula2 nurse bagi sy zincofer, time tu alahan muntah teruk jadi saya stop zincofer, kak ipar bagi iberet tapi tak naik banyak. Pastu nurse bagi obimin sy kena gastrik terus bila makan first pill tu. Last2 alahan dah hilang, sy consume zincofer baik.. elok je naik hb sy dari 10.4 skg ni dah 13.2 alhamdulillah. Try ambik zincofer, makan sebelum tidur nak elak muntah
Dah try ambil zincofer tp setengah jam selepas pengambilan sy muntah balik.. kuat gila rasa dia bila muntah sampaikan tekak rasa perit.. pregnant sebelum ni more to iberet je. But ni 1st time tukar obimin.. x tahu lg next result nanti cmne.. hope obimin last option yg bantu naikkan hb sy.. dpt 11-12 pun jd laa.. da lega sgt da kalau result naik tang tu..
anak 1st dulu sy ada anemia in pregnancy. sepanjang pregnant hb rendah ja. pernah sekali hb drop 7.2. jd Dr ambik darah utk check sy ada talasemia atau tak. tp normal ja. lepas tu Dr bagi new obimin. Alhamdulillah hujung² kehamilan hb naik 11,tu yg paling tinggi.
Alhamdulillah klau naik sampai 11.. kira ok laa tu.. sy pun kalau boleh dpt capai 11 pun rasa selamat sikit.. bila da tahap sampai 10.2 ni .. takot nanti drop pulak jd 9.. risau sgt..
Ikut je cakap doctor. Kalau nak further pegi lain lain clinic jumpa 2-3 gaeny. Tanya sini bahaya sbb involve medication.
Makan juga naturals, buah jambu batu, buah delima buah naga. Bayam purple and fresh milk.
Anonymous