Due date raya

Mommies sini siapa yg due date ngam2 raya tahun depan? Sama lah kita 😂 anak first & ke-2 ni sama2 due time raya puasa, mommy ni bercampur aduk rasa, happy dpt baby & sayu juga tak dpt raya, but its okay, raya kan tiap tahun? 😂 Boleh share tak mcm mana mommies berpantang time raya? Juadah raya & kuih raya apa yg boleh kita makan?Sehari brapa tetamu yg patut kita terima? Mcm mana nak tolak cara sopan klau kita taknak terima tetamu? Mcm mna nak jaga jarak & supaya org tak kiss & hug newborn? #bantujawab #sharing

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy bersalin sblm raya haji. sy alah makanan kait pulut jd sy tak makan yg ada pulut. yg lain pantang tengok.. bab tetamu.. sy welcome je. tp kalau anak tidur "sorry tauu baby tido la plk" dah dekat 1m pun ramai lagi yg datang rumah, bwk keluar kejap pastu masuk lah.. bab kiss tu bagitau jelas2 elok2.. jgn kiss baby ye.. dorang masuk terus bgtahu sana toilet basuh tangan dulu nk pegang baby. tak hidang air makan pun. semua ok je alhamdulillah dorang datang bwk hadiah baby, ada yg bagi hadiah duit terus masuk tabung haji anak, tambah sikit terus daftarkan haji. masa saya tidur pun sy tak keluar, mak yg tlg layan. takku rela korbankan waktu tidur siangkuuu 🤭

Baca lagi
TapFluencer

3 tahun lepas, due date saya minggu raya, Kuasa Allah saya bersalin kurang 2 minggu awal, masa Ramadan. Selepas bersalin, 2 minggu di rumah mertua termasuk Hari Raya, selepas tu balik rumah sendiri. Saya minta tetamu basuh tangan jika nak pegang baby. Tetamu ada je sejak raya pertama dan saya suka tetamu datang. Juadah raya, saya makan je kuantiti yg saya rasa selamat. Saya tolak tetamu nak datang semasa hari berurut je walaupun mereka merayu nak ziarah. Lantaklah mereka nak fikir apa, saya pentingkan rehat yg cukup selepas berurut. Nak dtg semasa sesi berurut, siapa pula nak melayan tetamu kan?

Baca lagi

bersalin anak no 3,awal Ramadhan..masa raya saya banyak duduk dalam bilik..makan pula saya try & error tapi memang elakkan makan yang berangin..takut effect pada baby.. Tetamu pula,hanya berjumpa dengan yang terdekat.

sama la kita sis...raya dlm pantang😂