Mertua terasa hati.
Hi mommies. Saya nak minta pendapat dan fahaman semua. Saya ada first baby dan juga first cucu dalam family. Baby dah 10 bulan harini. Rumah saya berdekatan dengan family saya dan family husband. Berbeza taman sahaja. Every weekend, atau kalau ada hari yang free, kami akan bawa baby jumpa parents dan mertua. Cuma bezanya... kalau balik rumah mertua atau jumpa, dia jadi meragam. Semua serba tak kena. Mula2 dia taknak dengan orang, ambik masa sikit. Tapi dengan parents saya, dekat rumah ke jumpa kejap ke, baby saya okay. So mertua saya terasa, dia cakap baby saya jadi macam tu sebab saya ni selalu lebihkan ke family saya. Kalau ikutkan, kami jarang juga jumpa family saya, sebab parents saya masih bekerja. Kalau diorang free, baru jumpa. Kadang2 keluar dinner kejap je. Mak mertua suri rumah, sebab tu kami selalu balik rumah dia tidur sana. Tapi tulah, bila balik, baby jadi serba tak kena menangis. Diorang mula lah cakap itu ini. Taktahan kadang2 sebab asyik cakap pasal parents saya. Saya dan suami dah cakap sehabis baik, jaga hati taknak diorang terasa. Tapi tetap juga nak cakap ayat yang menyakitkan hati. Kami ada berbincang sama sama, dan suami sangat memahami. Suami pun dah taktahu nak cakap apa, dan kesian dekat saya. Kami taktahu kenapa baby camtu :( #help #firsttimemom #Buntu