Elective caesar, transverse baby

Hi mommies. Saja nak share kerisauan. Td baru lepas checkup swasta. 36 minggu. Dr suruh elective caesar sebab baby tak masuk laluan, baby besar dan transverse. Rasa mix feeling jugak sebab kalau boleh nak normal. Tp saya gbs +ve, kadang2 hati cakap better caesor. Baby kurang risiko jangkitan. Sekarang bila betul2 jadi elective caesor rasa risau sangat life bila berpantang nanti. Tambah pulak dah dapat tarikh serah diri. Lagila nervous. Tolong doakan saya kuat dan dipermudahkan urusan semua. Baby sihat tak kena tahan wad lama. Luka cepat sembuh. Kalau ada mommies nak share pengalaman boleh juga saya baca2 sambil tenangkan diri. #firstmom #sharing2

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya 2x emergency czer.. Yg penting lepas czer kena banyakkan pergerakkan.. Kalau kurang bergerak lagi lambat baik sbb xde aliran darah.. Czer mudah nak buang air besar.. X takut2, x sakit.. Sy baru je lepas emergency czer 25/7 hari tu.. Yg penting sekali, sebelum bangun dari baring kena bengkokkan 2 2 lutut baru bangun.. Xnak bagi tekanan dkt bhgian perut.. Jgn risau ye.. Hospital swasta / gov akan bekalkan ubat tahan sakit.. InsyaAllah tempat luka x rasa sakit even dh hbis bius..

Baca lagi
7mo ago

Okay mommy. Semoga urusan sebelum selepas dipermudahkan. :)