Sharing untuk Adik2 Perempuan Kita yg belum berkahwin

Hi mommies. Post ini berbentuk umum, dan saya sharekan untuk pengetahuan dan kebaikan bakal baby bersama. Sebelum berkahwin biasanya kita perlu lengkapkan borang HiV. Umumnya, kalau kat KK biasa HIV test dibuat menggunakan kit serupa macam kit covid. Cucuk jari sikit, beberapa saat pastu dah settle. Tapi adakah kita selamat? Adakah pasangan kita jujur dan transparent dengan kita?Ada checkup lain nak buat ke? Ada. Check penyakit Syphilis dan penyakit kelamin yg lain. Kenapa ini penting? Kebiasaannya jika bakal pengantin checkup dihospital tentera (saya xpasti hospital kerajaan lain), ujian HIV yg dilakukan adalah melalui makmal. So segala penyakit keturunan semua konfem dapat tau. Bahasa kasar dia, kalau pasangan pernah main dengan orang lain dan dijangkiti, konfem kantoi. Penyakit ni xboleh di kesan melalui HIV test kit ye. Dua benda berlainan kalau nak senang faham. So bila kita buat checkup RPR atau VDRL, ada satu bahagian yang akan mentioned bab kandungan darah kita yg terjangkiti. Bahasa kasarnya terjangkit syphilis or penyakit kelamin lain. So bila berlaku macam ni, kita kena rawat benda ni kebiasaanya dia akan bagi makan doxycycline la untuk beberapa ketika sampai darah jadi cantik. So kenapa kena rawat? 1. Menyebab keputihan level hijau kuning sewangi ikan (keputihan juga berlaku disebabkan cara pemakanan, hormon, tahap kesihatan) 2. Kencing sakit 3. Kemaluan gatal 4. Miscarriage, ruam kulit, baby pn terkena jangkitan, jaundice dan mcm2 5. Sila baca artikel google for more info Bahagian kita dah settle xpe, so jadikan benda ni sebagai sharing bersama adik2 kakak2 saudara kesayangan kita pula ya ♥️ Ramai yang xsedar pasal benda ni, so lets spread this awareness 🎀🥰 Tapi adalah disarankan sila lakukan checkup ni setahun sekali bersama pasangan anda, sebab ramai yg xtau pentingnya benda sama penting mcm checkup tahunan tubuh badan dan checkup gigi ♥️

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

kena cucuk dengan jarum sy laki bini dlu

Dri awal2 nikah da cek bnda ni,,

TapFluencer

👍🏻

👍