63 hari masih nifas

Hi mOmmies nak tanya. Saya dh hari ke 63 masih keluar dalam merah lagi tapi sikit laa. Boleh solat ke macam mana ye?

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Nifas sampai 60 hari saja. Lebih drpd tu dikira istihadah kalau berterusan keluar tiada henti. Tapi kalau lepas 60 hari keluar lagi darah dan ada gap walaupun satu lahzah ( satu detik) daripada hari ke 60, darah puan sekarang dikira darah haidh. Sebab Haid dan Nifas adalah darah yg berbeza, haid boleh terus datang sejurus darah nifas habis tapi kena ada gap walaupun satu detik. 👇🏻 sbgai cth : 28/11 pukul 12 malam ialah hari terakhir nifas iaitu 60 hari. 29/11 pkul 3 pagi ada keluar darah semula dan ada gap beberapa jam dengan 28/11 . Maka darah ini dikira darah haid. ~rujukan kitab fiqh darah wanita

Baca lagi

max 60hari je. dah lebih 3hari tempoh nifas tu kena treat as istihadhah.. nak wudhuk bersih elok2, nak solat ganti panty@pad baru tp konpem kan tu bersambung nifas bkn ada dah stop kejap sblm ni? kot sebenarnya mommy period?

TapFluencer

nifas 60 hari saja awk. lps dari tu kira istihadah. rujuk dktr klu masih berterusan

lebih xdikira nifas dah.. maybe period or istihadah