Loya atau Mual
Hi mommies. Nak tanya, ada tak mommies kat sini masa dia 1tm dia loya tekak je tapi tak muntah pun? Ada cara nak legakan tak? Kita ni tak makan, loya. Dah makan pun loya jugak. Tapi takde muntah teruk 🥹 muntah sikit pun takde. Cuma agak tak suka rasa loya mcm ni sbb tak makan nanti kang lagi teruk rasa mual dia. Dah makan pun tak hilang lagi loya nya 🥲😭 Boleh bagi tips? #AskingAsAMom #firsttimemom #alahan #pregnancy
Kalau macam saya akan loya kalau saya lambat makan . Pakej muntah angin and perut rasa pedih . So saya bangun pagi , makan ubat and makan cepat2 taknak rasa loya tu. Pastu masa 1st trimester saya banyak tido so boleh lupakan kejap lah rasa loya tu and makan asam yg tak masam sangat cuma make sure makan asam tu bukan masa perut kosong sebab nanti akan bertambah asid dalam perut and menyebabkan makin loya
Baca lagiSamaaa. Sy berlarutan sampai 2nd trimester. Nk kurangkan sy try n error. Ada masa makan oren berkesan, ada masa xberkesan. Ad masa minyak angin berkesan, ad masa xberkesan. Ada masa sy kena berus gigi, sebab sy nk rasa ubat gigi tu n hilangkan bau yg melekat kt hidung or mknn yg masuk mulut, pun sama, kdg berkesan kdg xberkesan. Ada masa semua xberkesan, jadi sy redha haha
Baca lagiSaya masa 1st trimester xboleh mkn asam2 benda masam utk hilangkn loya sbb lepas tu perut jadi sebu mungkin sbb acid asam tu.. saya just hidu2 minyak angin je.. cuba beli balm bentuk mcm gincu dari thailand tu banyak jual kt tiktok. Sekali dua hidu, hilang rasa nk muntah.
Kalau macam saya, saya makan gula-gula masam & minyak angin peneman setia sepanjang 1st tri. Awak kena try and error mana yang sesuai. Makan ikut time, jangan bagi perut kosong. Kalau masuk angin lagi teruk, badan jadi lembik
sebijik masa saya mgndung haritu,saya keluar gi Cari benda apa yg Sya tringin,nasi Xblh MKN tpi pksa jugak MKN sikit TKOT JD pe2,mkn roti,mnum air oren Sunkist,mnum air jus jambu batu merah,yg marigold,bgus UTK naikkan hb sama
anak first n 2nd loya tekak je. tekak nk makan yg pedas2 baru selera nk makan padahal sejenis yg xtahan pedas. hahaha. muntah pun sbb kalo terlebih makan.
Reda, sabar dan syukur dgn ujian kehamilan. Bila dah reda, sabar dan syukur tu, kita semangat nak makan lawa loya tu walaupun 3 ke 5 suap
cari makanan yg blh hilangkan loya. kalau mcm sye bnde2 masam. apa2 je asalkan masam.
boleh try makan asam..kemam lama2
Awak try makan buah oren