22 Balas
Dalam situasi yang sama. Ingatkan growth spurt, tapi dah seminggu dia macamni. Umur 33 hari.. Hari2 dia start meragam 12am. Tapi malam tadi ya Allah paling menguji kesabaran sampaikan saya first time termarah dia n jerit suruh diam 🥲 dah tukar pampers, bagi susu, urut ILU, letak minyak tu semua pun tak jalan. Dia tidur kat riba lepas menyusu, kita burp kan dia pastu bila letak bawah terus nangis macam kena dera. Kalau berjaya tidurkan kat bawah pun sekejap je x sampai setengah jam bangun balik. Tapi tadi paling barai sbb 10am baru dia tidur betul2 😭 nasib baik lah kul 5am tadi husband saya bangun & jaga dia. Sbb masa tu saya mmg betul2 dah tak tahan walaupun sebelum tempuh malam tu saya dah prepared utk berjaga. Haih laa. Semoga kita berdua kuat yaaa. Baby kita pun struggle jugak tu. Dia tak tahu apa2. Rasa sayu bila tengok dia tidur.
Masa anak bawak 6 bulan mmg melekat je. Sy tak kemas rumah, tak basuh baju, tak masak, sy layan dia je. Husband je uruskan basuh baju. Sy setiap kali menyusukan anak mmg tertidur tak sedar apa. Baby sy pun jenis mengemping. Bila lelap ingat nak letakkan kat babycot tapi terbangun memangis. Sy ingat tu normal je tp sy jenis layan je sbb takde benda lain pun nak buat. Dah start makan bertambah la kerja sbb kena masak makanan dia. Dia start blw tambah kerja mop meja setiap hari. Semua ikut keperluan baby je. Benda tak penting sy tak buat. Alhamdulillah skrg dah 4 tahun. Tapi boleh try sleep training juga. Kena study la yg tu.
sekadar cadangan ntk mommy yg rasa penat sgt tade masa rehat. saya cadang kan buai. tpi bukan buai memanjang . takut nnti anak selesa sgt dgn buai. pegi mana mana pon bak buai. buai tu sekadar bila mommy terlalu rasa penat nak rehat. ltak skajap dlm tu. pergi lah nak kemana pon. nak makan ke apa je. okay. jgn stress. tu ragam nya nak melekat je sebenarnya. die masih lagi takut rasa jauh. duk dlm perut kn die terhimpit je. bila keluar maknya takde sebelah menangis lah die. takpe . slow² ye mommy. atau pon mommy buat stock biskut ke kudap dkt katil sis. kalau penat sgt tak gerak pon. still boleh rehat tanpa bangun.
Semua tu normal. Mmg jd sorang ibu mcm tu. Mmg x sempat nak buat apa2, kdg waktu baby tdur pn kelam kabut buat kerja lain, ada waktu mmg baby nak mengempeng. Lg 1 klu bf mmg baby cpt lapar balik. Klu sis rsa bf ni drain energy sis, klu sis ok blh try bgi formula. Sbb bf ni mmg perlu tenaga byk. Tpi klu nak stick juga dgn bf, xde mslah. Jgn kecam ye, bukan paksa TT, tpi sekadar cadangan klu btl2 rasa diri xleh. Xpe, enjoy je. Bila baby tdur, sis tdur skali bila dpt. Dont do it alone, ada family/ada husband sekali sekala minta tlg jaga kjp. Panggil org dtg rumah ngurut, relax2. 😊 dlm sejam ok dah.
takde silap pun awak .. memang kalau dah jadi seorang ibu mcm tuh .. siapa siapa pun akan melalui fasa ni . awak mesti kuat dan boleh . baby nk ngempeng tuh .. sebab tu ask nk susu jee kdg dia dh kenyang tpi dia ngempeng dgn ibu dia . sis enjoy this moment nanti msti rindu bila dh lepas fasa ni . kalau sis penat sangat bole minta bantuan suami atau keluarga untuk bantu sekejap tgkk kn baby so sis boleh rest sekejap . jangan stress stress nanti menggangu susu ibu .. sabar ya kawal emosi banyakkan istighfar .. insyaallah semuanya baik baik saja . sy doakn smga dipermudahkn urusan sis 🤲
x perlu stress sis..enjoy je moment tu...tak lama pun masa berlalu..sekejap je ank² tu membesar nnt...lepas tu dah lupa dah sakit penat tu...jgn difikirkan sngt... boleh je nyusu smbil suap makanan dlm mulut..nk jadi ibu ni kena pandai manage masa sendiri...jgn tggu suami... kita jaga kesihatan mental kita... kalau nk biar die nagis sekejap pun xpe..biar die ngis, kita g mkn ...kena pandai curi masa sis... kalau x kita yg meroyan nnt .. atau boleh cmpur dgn susu formula...mgkin baby x kenyang... jgn dgr ckp org.. sis buat mana yg terbaik untuk diri sendiri dan baby
Perangai baby banyak jenis. Lagi2 newborn. Dia pun still nak sesuai kan diri dengan dunia luar. Maybe you boleh try tengok tiktok lactation counsellor and belajar cue2 baby. Betul ke dia nangis sebab nak susu or sebab lain. Ambil tahu pasal apa itu cluster feeding. And macam2 lagi. Sekarang dah banyak info online so senang untuk kita belajar especially first time mom. Hopefully you ada support from orang sekeliling also. All the best for you. And no you’re not a bad mom. You pun still new to this. Goodluck sis!
takda silapnya mommy, itu semua normal. tips sy baby bangun jangan bagi susu terus kalau mommy boleh terima option tidurkan baby dalam buai dodoikan dia dlam buai boleh la cuba saya bukan menggalakkan. kadang persekitaran tidur baby ni lain2 penerimaan dia. cuba je jangan stress jangan termakan momokkan orang luar kalau tidur dalam buai menyusahkan dan perkembangan otak anak tak cerdas. InsyaAllah buai pun boleh bantu baby tidur dengn nyenyak. tu kan ikhtiar supaya mommy kurang stress
saya di situasi moms sekarang . memandangkan saya sorang² yg jaga baby husb pulak dekat jb , mental saya pun down . husb mampu suport dari jauh . lagipun mak dgn bapa ada tolong jaga waktu malam . cuma saya take over waktu pagi jela . itupun penat juga , tk sempat nak makan smpai gastrik smbil dukung baby . kadang nak pegi toilet pun terlari² sebab anak skrg tidur 30minit terus terjaga , nak tidurkan tu payah . buai lama² pun mata tbuka segar lagi em
sis da check ke ssu flow okay ke x? sbb mcm flow kurang, sbb tu bby asyik mntak je + xboleh tdo..sy dlu gitu jgak, pastu doc ajar try pam ssu dlu letak lam botol tgk ckup x sukatan yg baby perlukan ikut umur..kdang bila pcit puting mmg kluar je ssunya..tpi bila pam tgk pdahal xckup pun untk baby..klau mmg ssu dh bnyk xtau la nk ckp sbb mcm adk ipar sy baby dia pn mmg kuat nyusu (Obes)..last mknya tukar FM je sbb xlarat..baby kenyang, mknya senang🤭
sleepy beauty