10w boleh puasa tak

Hi mommies, kalau dlm first trimester mommies puasa x? Sy xalahan teruk, skrg masuk 10w, jadi boleh ke kalau sy puasa mcm biasa? Ada sape2 blh share pengalaman & pndpt.

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya alhamdulillah setakat ni puasa penuh. saya sahur betul-betul lebihkan protein. minum air secukupnya dalam tempoh lepas berbuka sehingga sahur. siang saya tidur bila penat. saya tiada alahan. cuma cepat penat dan mengah. kerja rumah pun saya buat mana mampu. lain tu suami saya uruskan. sebab saya ada anak melasak umur 3 tahun. ikut apa saya baca, kita kena cuba niat dan puasa dulu. lepas tu kalau tak ok dan mudarat, baru buka puasa. puasa ganti dan bayar fidyah atau tidak pun berbeza ikut sama ada kita risau diri kita sahaja atau risau anak sekali. please discuss dengan doktor. sebab doktor lebih tahu kondisi sis. #11weekspregnant

Baca lagi