Tips nak cepatkan bersalin

Hi mommies, harini saya 39 minggu 2 hari. Due date 19/1. Baby masih selesa dalam perut😂 Ada yang sama macam saya ke? Apa lagi aktiviti boleh buat utk cepatkan bersalin ni. Perut selalu mengeras + rasa sakit pinggang dan rasa mcm senggugut. Kaki pun dah rasa sakit2 terutama bahagian tumit dan peha. Alahai anakku bila nak keluar🥲

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya due 19/1 jugak tapi dah selamat bersalin 7/1 sbb ctg baby tak cantik. baby kerap mengeras + sakit mcm sembelit. decide p pac, doc check jalan belum ada bukaan. masuk ward and pakar proceed paksa bersalin sbb baby kurang gerak. esoknya induce belon selama 12jam, tapi bukaan still 3cm. ctg baby pulak still sama mcm 1st day. so doc takut incase apa apa jadi, terus proceed emergency czer

Baca lagi