Banyakan susu ibu

Hi mommies. First time mommy here. Ini hari ke 5. Adakah normal kalau air susu kurang tp ada cuma kalau dipam paling dapat 1oz sahaja. Banyak tips saya buat utk naikkn air susu badan. Baby kena kuning. Saya berniat sgt2 dapat susukan bayi dgn susu badan. Saya hampir down dgn semua yg sya buat utk dapatkn susu badan banyak. Rasa kecewa bagi susu tepung pada bayi pada awal newborn ini☹️ boleh bagi tips tak??

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pun sama macam sis dulu. Sometimes dapat less than 1oz, yg tu pun lepas saya guna hand pump. Minum air penting, makan lebih banyak protein seperti ayam kampung, buat sup ke apa, dan kalau boleh, direct feed baby. Baby akan bagi signal kat badan kita utk produce lebih susu. Selepas feeding, tunggu beberapa minit dan guna manual pump untuk keluarkan susu yg lebih kat badan. Mommy kena sabar ye, sebab bukan semua org boleh dpt susu banyak bila dah bersalin. Take your time, baby saya pun kuning jugak, sampai kena buat fototerapi. 😢lepas guna manual pump, boleh start guna electric pump macam spectra S1. Mesin ni boleh pump lagi baik, susu pun akan keluar lebih banyak. Guna massage mode 5 min, pastu pump 15-20 min (setiap 2 atau 3 jam, bergantung kepada sis) skrg saya dah minggu ke-4 pp, susu dah naik sampai 80-100ml, kalau saya lupa pam 1 sesi, susu naik sampai 140-160ml. Tapi mesti pam ikut masa, lupa 1 sesi okay je, tapi kalau lupa banyak kali atau tak ikut masa, susu akan kurang. Sebab nanti badan kita ingat baby dah tak nak susu kami, so mesti pam ikut masa ye.

Baca lagi