Banyakan susu ibu

Hi mommies. First time mommy here. Ini hari ke 5. Adakah normal kalau air susu kurang tp ada cuma kalau dipam paling dapat 1oz sahaja. Banyak tips saya buat utk naikkn air susu badan. Baby kena kuning. Saya berniat sgt2 dapat susukan bayi dgn susu badan. Saya hampir down dgn semua yg sya buat utk dapatkn susu badan banyak. Rasa kecewa bagi susu tepung pada bayi pada awal newborn ini☹️ boleh bagi tips tak??

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Follow certified lactation counselor untuk belajar ilmu penyusuan. Saya pun 1st mom. Anak saya prolonged jaundice 2 bulan. Fully BF. Masa saya dulu banyak belajar daripada sharing Puan Nad Masrom dan nurse lactation di hospital tempat saya bersalin. Kalau awak perlukan bantuan, boleh rujuk lactation nurse di KKIA atau panggil lactation counselor untuk homevisit. Nah saya share info daripada @talksyusu tentang penyusuan untuk baby jaundice. Nanti saya share yang Puan Nad Masrom punya juga. - talksyusu https://www.instagram.com/p/DOZ3ejAE34P/?img_index=7&igsh=MTE5a2xiMGhhZzc2bQ== Untuk sharing from Puan Nad Masrom, awak follow IG beliau. Boleh join sekali telegram group. Semua info ada kat situ. Good luck on your breastfeeding journey. Libatkan suami sekali dalam journey ni ya. Sokongan suami sangat penting.

Baca lagi