Perancang kehamilan

Hi mommies, boleh share tak experience perancang yang uols pernah buat? Saya tengah nak survey which one is the best. Plan nak ambil kat KK je. I baru bersalin anak first bulan Jan 2025, plan anak dah umur 3-5 tahun nanti baru nak adik lagi. Haritu bagitau KK nak guna IUCD, but semua macam terkejut and tak recommend. So i diminta utk fikir dulu. Please advise, thank you 🫶🏻 #perancang #firsttimemom #pregnancy #Needadvice

21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

iucd is the safest. tp kenapa kk x recommend? did u discuss with the doc?

8mo ago

Saya bersalin czer pada 2021. Pada mulanya nak ambil pil perancang sahaja. Tapi saya tahu saya bukan jenis berdisiplin & tahu sifat pelupa, saya decide memilih iucd. Antara sebab lain ialah, iucd mudah, tak perlu fikir kerisauan mengandung semula dalam jarak dekat (disebabkan czer). Serta, dapat menyantuni suami pada waktu sekian² jika ingin bersama (tak perlu susah² berkondom juga). - Dan jika kesihatan okay, saya percaya ibu² lain akan tiada side effect melampau seperti mengganggu hormon. Period saya cantik setiap bulan & tiada kenaikan berat yang lebih. Bila sudah bersedia untuk TTC semula, saya minta klinik keluarkan saja selepas 2 tahun pakai iucd. NAMUN, perancangan Allah lebih hebat. Konon nak anak kedua lebih awal tapi rezeki dapat anak kedua selepas anak pertama 4 tahun. 🤝😘 apa apa pun, kita merancang bukan sebab kita taknak rezeki Allah, cuma kita nak JAGA rezeki & amanah Allah sebaiknya iaitu anak & diri kita sendiri. ✨