Kulit kepala anak saya pun kering dan macam berkerak, dia bakal setahun hujung bulan ni. Kalau saya kikis dengan sikat, berkeping tertanggal dah macam kelemumur pulak. 😳 Tapi bukan seluruh kepala, ada beberapa bahagian je yg ada kulit kepala kering. Setakat ni saya tak guna apa2 hair serum. Guna baby oil je. Kerak kepala tu sejak dia baru lahir ada. Tapi dulu saya tak kikis sangat kerak nya, kikis sikit2 je. Takut baby tak selesa. Tapi tengok dah lama pun masih ada, tu yg start kikis kulit kepala kering / kerak dia tu. Mungkin parents #TAP yang lain boleh suggest solusi untuk masalah ni.