Anak reject botol

Hi mommies! Anak saya 3m+, saya epmom, start masuk 3m ni, anak saya minum 4oz per feeding 3 to 4 hrs. Tapi lately ni, dia tanak minum sangat, gap menyusu tu kadang sampai 5 jam, yang tu dia betul betul lapar. Satu lagi, bila nak minum mesti meragam dulu, dia gigit je puting botol, macam dah start reject botol 🥹 kadang tu jadi force feeding lah, nangis nangis dia padahal saya nak bagi minum susu. Tak tahu nak buat apa 😩 mommies semua ada suggestion tak? #firstbaby #firsttimemom

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Mommy, memang bby taknak minum bila bby mula bulan 3. ini biasa sahaja. kebanyakkan bby memang macam itu. anak saya pun sama juga. sekarang dia dah 4 bulan 9 hari. masih juga kurang minum. saya mix feeding, bagi formula 3 atau 4 jam sekali 4 oz sampai sekarang. beratnya naik sikit sahaja. pastikan bby ada minum. Cuba tukar botol pigeon, putingnya lembut. Susu bdn pam dan simpan. Jangan risau Mommy 🙂

Baca lagi
3y ago

Hi puan, okay puan. I'll try my best, risau jugak fikir effect susu badan 😩 thank you for the advice ❤️❤️