suggest baju raya yang sesuai untuk ibu mengandung..

hi mommies , ada yang boleh suggest tak baju raya cantik cantik untuk pregnant mommy .. first mom , nd first time raya berbadan dua ..

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Pregnant berapa minggu sis? Sy mengandung masa last year tu masuk 2nd trimester tp perut takde sgt. Tp sy pakai baju selesa yg besar kembang mcm peplum tu. Ambik size beso la tapi sbb perut taknak ketat. Baju kurung kedah pun cantik sis. Tengok la dulu. Time ni la nak melaram nanti next year kalau awk menyusu badan dh limited dah 😂

Baca lagi

Sy cari dress atau kaftan. Tak boleh baju kurung, nampak pelik bila sy pakai dengan perut boyot😂😅 especially kain kurung. Pario maybe ok kott. By the time raya, sy dh nak bersalin tapi nk jgk pakai baju raya🤭

Sy cari kaftan dress. Kalau kaftan saja, nmpak plain sikit cutting dia. Kalau dress, nampak lah melaram sikit utk raya hahah. Sy dah nak bersalin masa raya nanti insyaAllah. Cari yg yg kaftan dress loose2 je

Raya last year saya dalam 8 bulan ++ pregnant. Saya pakai kebarung. Ok lah selesa lah juga. Kalau x pakai kaftan. Saya x nak pakai kaftan sbb saya rasa x sesuai utk saya 🤣 takut nampak lagi gemok.

Boleh try baju kurung riau atau kaftan. Cari saiz besar sikit, boleh outer bahagian lengan atau kain jika perlu. Yg penting bahagian pinggang dan perut selesa. Baby tak rasa tekanan.

Sy bli bju kurung cutting A, tpi bli xxl sbb skrg muat xl… nnt raya mesti perut lgi besar… xpregnant bju sy saiz m je… so branak nnt bleh la alter bju ni..

Sy ni confident je before pregnant baju size XS, now tgh pregnant 3 bulan pun sy beli baju XS 🤣 Berat sy still lebih kurang je so kita confident la dulu 🤣

sy beli baju kebarung size M memang cutting standards size,mcm sblom2 ni.now 20weeks.. allhamdulilah walaupun ad perut tp test baju tu xnmpk perut so happy..

Beli abaya je yg cutting dia A tu..haa lpas brsalin pon msih bleh pkai nnti. 😁 abaya pon bnyak yg cntik² n murah jgak skrg ni. ☺️

saya thun ni pakai abaya style Dubai² tu , x suka bila nmpk prt dari awal khamilan lgi,dah 7 bln ni org x tau lgi syg mgandung 😆🤗