baby 8 bulan

hi mommies.. ada tak dekat sini yg sama mcm saya? anak sy nak masuk 8 bulan tapi still tk boleh duduk tanpa bantuan..kalau sy dudukkan mesti dia akan jatuh semula.. merangkak pun belum boleh lagi.. nampak kaki dia mcm nak merangkak tapi lepastu mesti kepala dia akan jatuh kebawah.. ok je kan? sebab sy tengok anak2 kawan sy yg sebaya semua dah boleh merangkak dan duduk.. kalau ada mcm sy boleh ke share pengalaman so that sy tk rasa keseorangan.. kalau ada tipss boleh komen tapi jgn marah sy ye. TQ #firstmom #ingintahu #firstbaby #8bln #8monthsbaby

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Dr apa yg awak bgtau kt atas tu, kepala die akan jatuh ke bawah dan juga kalau awak dudukkan mesti die jatuh semula... That's mean otot kepala, otot belakang dan otot leher die kena kuat dahulu tau sebelum next proses. Baby ada pusing x masa meniarap? Kalau ikutkan 3 otot tu x kuat, milestone baby dah lambat. Should be by 5- 6 months sepatutnye kepala dan leher die dah kuat untuk tampung berat badan die.. Bykkan buat tummy time. Biarkan baby meniarap, biarkan die mengengsot dpn belakang. Next step die akan merangkak dan duduk tanpa bantuan. Masa die meniarap tu, letak mainan dpn die, kiri kanan die supaya die boleh reach out mainan die tu.. Kalau awak nk lebihkan perhatian, bgtahu nurse supaya refer awak ke physiotherapy. Nnt physiotherapist tu akan ajar awak apa patut buat n awak boleh tgk sgn jelas.

Baca lagi
12mo ago

ni ada kene mengena dengan berat badan ke tak ye? sbb anak sy 8 bulan 10kg.. ke sbb badan dia berat? kalau meniarap and bergolek dia laju je.. mengesot kiri kanan pun boleh tp slow.. cuma kalau sy dudukkan je dia jatuh and belum boleh merangkak..

TapFluencer

tak sure nak ckp ok ke tak sbb perkembangan baby lain2. mcm anak sy, masuk 8 bulan dah memapah berdiri. masa 6m tu baru nk start duduk. mmg cepat dia. anak kawan sy awal seminggu dari anak sy, belum boleh duduk tanpa sokongan lg sbb montel. geram tgk. mungkin tu salah satu faktor anak dia lambat sikit lah. tp bkn masalah pun. tips sy kalau pakai walker, cuba kurangkan. sbb walker ni mmg senangkan kita tp otot kaki baby tak berlatih utk bergerak. sy mmg tak pakai walker kt rumah. biar dia explore satu rumah. kadang sy masak kt dapur pun dia dari depan merangkak pi dapur tgk sy masak. cuma sy ddk kan dia jauh la dari tmpt masak, bg dia main mangkuk senduk. kalau sis ada masa, ajak dia grounding (sentuh tanah/pasir/rumput/berjemur matahari pg or ptg). org kata tu akan "bangun" kan sensory dia.

Baca lagi
VIP Member

perkembangan baby ni lain lain sis.. sis Cuba check dengan pakar .. nanti kalau ade apa apa masalah diorang lebih arif bab bab milestones baby ni.. kalau dari experience saya. baby saya 2-3 month tu banyakkan tummytime 4 month dah diajar duduk guna support sofa chair tu..5 month dia dah boleh duduk tanpa support dah dan juga start blajar merangkak. cuma jannah ni dia blaja duduk dlu baru merangkak 😅terbalik..6 month tu dah boleh duduk confident dah and dah start makan kan. 9 month tu dah start blajar jalan jalan jatuh .. saya tak guna walker sebab nak train otot kaki baby..alhamdullilah 10 bulan lebih nak dekat 11 bulan jannah boleh jalan dah..masuk 12 bulan dia boleh lari skit skit dah.. sis Cuba checkup ngan pakar dlu ok.. semoga urusan sis dipermudahkan amin ❤️💜

Baca lagi

Tak pasti nak kata normal atau tidak. Awak ada refer dengan doktor tak masa checkup baby? Kenalan saya, anak dia 8 bulan sama macam awak. Terus refer pakar paediatrik untuk pemerhatian lanjut. Alhamdulillah lepas beberapa sesi appointment, dah ada ada progress. Now 10 bulan dah boleh merangkak. Saya cadangkan awak untuk rujuk dengan doktor jika awak risau akan perkembangan baby. Manfaatkan sesi checkup baby dengan sebaiknya.

Baca lagi
12mo ago

hii.. tula.. sy punya next checkup bulan 1.. waktu tu baby sy dah 9 months.. sebelum ni last appt nurse semua kata normal.. tp dah 8 months ni perkembangan dia sama je.. risau juga.. nak walk in klinik utk checkup boleh ke ye? ke nak tunggu next appt?

Anak saya alhamdulillah 5 bulan setengah dah merangkak. 6 bulan dia dah start cuba memanjat tapi dia still x boleh duduk dgn sendiri - kena ada support. Tapi anak saya underweight so mungkin tu sebabnya dia mampu bergerak dgn senang. Saya dan pengasuh mmg kerap biar dia atas lantai utk tummy time.

12mo ago

ouh yaa.. saya tak mention.. anak saya 8months tp 10kg dah.. tu yg sy pun tak pasti sbb badan berat ke dia lambat atau sebab lain 😓

Selalu tummy time dengan baby utk kuatkan otot kaki dia. Tapi kan sis, perkembangan baby ni lain baby lain timing dia. Cuba refer dengan pakar utk advice yg terbaik

anak sye 7 bln lebih bru pndai duduk.. sye slalu bagi baby duduk atas riba pastu sandar kt sye..

tummy time tak? baring selalunya baring kat lantai ke sandar kat bantal

12mo ago

selalu juga tummy time.. dia pun selalu jugak dlm posisi nak merangkak.. tp kedepan kebelakang geraknya tidak haha

milestones 9m 10m duduk tanpa sokongan dgn merangkak tu

Post reply image

not sure normal ke tak