Baby 2bulan 24hari selsema

Hi momies , nak tanya ada tak rawatan or cara nak hilangkan selsema bayi umur 2bulan 24hari ni? Kalau ada share any tips momies.. bahaya ke baby selsema? #firstbaby #pleasehelp

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Nak rawat selsema baby perlu ada nasal aspirator, ubat untuk cairkan hingus(ada yang jenis spray dan titik). Step pertama, cairkan dulu hingus guna ubat kemudian sedut hingus baby. Extra efforts need to do -Jauhkan baby daripada perokok dan asap rokok. Kalau ada perokok yang nak dekat dengan baby, suruh mereka basuh tangan dan tukar baju (ini pesanan daripada doktor) -Pastikan persekitaran baby bersih daripada habuk. -Jika ada ahli keluarga atau kenalan yang tak sihat, elakkan dari pegang dan cium baby. Seeloknya pakai mask. - Pastikan juga suhu dalam rumah tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas untuk baby. Bahaya sebab akan menggangu pernafasan baby. Baby tak reti untuk buang hingus dengan sendiri. Boleh jadi hingus masuk ke dalam paru paru.

Baca lagi
2y ago

Sama-sama. Saya cuma kongsikan apa yang saya buat bila anak jadi begitu. Alhamdulillah, menjadi.