KEMBUNG PERUT

Mitos yang berleluasa di page Info Ibu Hamil.. 1. Bayi akan kembung perut terutamanya bila lepas menyusu. Sebab perut dia mengembang penuh dengan susu dan angin sekali dia sedut. Normal la kan? 2. Bayi kembung perut tapi tak berak-berak dan asyik muntah selepas menyusu? Ini tidak normal. Dapatkan rawatan di Jabatan kecemasan hospital segera. Bukan pergi tanya2 dalam page mengarut contohnya info ibu hamil ni.. 🤦‍♂️ 3. Janganlah sapu berbagai jenis minyak, senang bayi dapat allergi kulit nanti. Kalau minyak tu panas, omg boleh melecur kulit si bayi. Hati-hati ya. 4. Angin masuk dari ubun-ubun atau kaki atau jari jemari bayi? Oh No.. ini mitos yang paling besar. Ramai masy masih percaya ini. Angin tak boleh masuk melalui kulit kita. Mitos!!!!! 5. Angin luar masuk ke dalam perut kita dan menyebabkan angin kembung melalui bukaan mulut dan hidung. Memang itu sumber masuk ke dalam perut dan paru-paru kita. Tak de tempat lain dah. 6. Angin masuk perut bayi waktu menyusu dan menyebabkan kembung perut. Itu puncanya ibu ibu emak emak makcik makcik muda. 7. Itu sebab bila nurse datang rumah atau suruh g klinik kena datang, jangan halau nurse naik rumah tengok anda dan periksa bayi anda. Mereka akan ajar cara burp bayi selepas menyusu dengan betul. Belajar kalau tidak tahu. 8. Jangan ikut kata antivaksin, kata doula dan seangkatan geng perubatan sesat ni. Nak belajar dan dpt ilmu percuma? Rajin-rajin singgah fb prof Imelda Balchin kita. Ingat ye. Page info ibu hamil ni banyak mengarut. Tolong unfollow or report je la.. misleading sgt. . . Dr. Arisman, MD. Sama-sama belajar Medical mythbusters malaysia #MitosAtauFakta

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

noted