Mengandung selepas baby 5 bulan czer

Mengandunh jarak dekat, perlu ke gugurkan? Selamat ke walaupun selepas czer 5bulan?😔

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Mai nak habaq. Menggugurkan kandungan itu bukan kaedah merancang keluarga. Merancang keluarga itu bukan menggugurkan kandungan tetapi mencegah kehamilan. Semua kaedah merancang keluarga itu bertujuan untuk mencegah kehamilan secara sementara selagi ia digunakan, tetapi ini bukan membunuh anak, dah bukan menggugurkan kandungan, sebab tak hamil pun. Kalau memang pun tak ada janin, maka tak boleh lah membunuh. Jika anda sudah hamil dan janin di dalam kandungan sudah ada degupan jantung, tidak kiralah apa usia kandungan itu, sengaja menggugurkannya ialah membunuh anak, walaupun belum lagi masuk roh. Apa yang kita tahu ialah rohnya dimasukkan bila usia kandungan 120 hari, tetapi tidak kira ada roh atau tidak, jika ia hidup, sengaja menggugurkan kandungan ialah satu perbuatan membunuh. Haram atau berdosa itu lain kira dan bergantung kepada apakah sebab anda menggugurkan kandungan. Jika sebab menggugurkan kandungan itu ialah untuk menyelamatkan ibu, maka ia bukan haram, walaupun anak itu sudah masuk roh. Jika tujuan menggugurkan kandungan itu bukan atas sebab ada perubatan kesihatan mental atau fizikal, atau proses menggugurkan kandungan itu tidak dilakukan di bawah pengawasan pakar Gynae, maka ia haram dan ia satu perbuatan jenayah mengikut undang-undang Malaysia, tidak kira janin yang hidup itu sudah masuk roh ke tidak. Kemudian, apakah masalah yang dikatakan boleh memudaratkan keselamatan ibu, ialah di atas pendapat Pakar Gynae, bukannya pendapat Ustaz, dan bukan juga pendapat pesakit. Maka Ustaz atau pesakit tak boleh kata boleh gugurkan atau tidak, tetapi Ustaz atau pesakit patut rujuk kepada doktor yang merawat dan bertanya, ‘Adakah meneruskan kehamilan ini memudaratkan keselamatan individu itu?’ setelah pemeriksaan dan penilaian kesihatan telah dilakukan oleh doktor pakar Gynae. Untuk kesihatan mental, perlu ada pemeriksaan dan penilaian kesihatan mental oleh pakar psychiatry. Maka doktor pakar Gynae akan bekerjasama dengan doktor pakar psychiatry sebelum keputusan boleh di buat untuk menggugurkan kandungan atas sebab masalah kesihatan mental. Ramai orang ada masalah kesihatan yang boleh dirawat, maka tak boleh laa kata jika ada masalah kesihatan saja boleh terus gugurkan kandungan, tanpa pendapat pakar. Sudah banyak kali bila saya beri rawatan dan kaunseling, kita boleh mengawal penyakit ibu hamil, boleh meneruskan kehamilan dan bersalin dengan selamat di bawah pantauan pakar maternal dan fetal medicine. Berdosa atau tidak tu hanya Allah yang tahu, sekiranya anda sengaja tidak merancang keluarga dan kemudian minta menggugurkan kandungan atas alasan masalah kesihatan tetapi pada hakikatnya anda sudah pun tahu ada masalah kesihatan ini sebelum anda membuat pilihan tidak menggunakan apa-apa kaedah merancang keluarga yang berkesan. Apa anda perlu tahu, ialah doktor pakar Gynae akan bersetuju menggugurkan kandungan atas sebab menyelamatkan ibu hamil dari kemudaratan, dan redha melakukannya sebab inilah yang terbaik untuk keselamatan ibu hamil, tetapi jika ibu hamil itu kemudiannya masih tidak mahu menggunakan kaedah merancang keluarga yang berkesan, doktor pun trauma dan terkesan jika terpaksa melakukan proses membunuh anak ini berkali-kali. Doktor pun ada perasaan, ada empati dan ada hati. Ramai doktor tidak sanggup nak jadi doktor O&G sebab tak sedap hati buat kerja menggugurkan kandungan ni. Jangan sangka pesakit saja nanti trauma, doktor pun trauma juga. Jadi, apa yang terbaik untuk pasangan suami isteri jika mereka sudah tahu yang mereka akan menggugurkan kandungan jika terhamil, ialah berusaha menggunakan kaedah merancang keluarga paling berkesan atau ikat peranakan (BTL). Baru-baru ini, seorang ibu hamil yang belum berkahwin beritahu saya, beliau telah insaf setelah melakukan perbuatan zina. Tetapi sudah cukuplah dosa beliau yang itu, beliau tidak mahu membunuh anak di dalam kandungan, walaupun teman lelakinya tidak mahu mengambil tanggungjawab dan meninggalkannya. Beliau tahu, beliau tiada masalah kesihatan, maka menggugurkan kandungan itu haram. Beliau pun sayang kepada nyawa anak di dalam kandungan dan mahu memberinya peluang hidup yang baik. Beliau pun mencari pasangan suami isteri yang mahukan anak angkat dan mereka bersama-sama datang berjumpa dengan saya untuk bersalin. Beliau bersalin ditemani oleh wanita yang akan mengambil anak itu sebagai anak angkat. Wanita itu pula belajar kaedah merangsangkan pengeluaran susu badan dan diberikan ubat yang merangsangkan pengeluaran hormon prolactin yang memberi stimulasi kepada payudara membuat susu. Kemudian wanita yang menjadi ibu angkat itu memulakan proses menyusukan anak angkatnya. Alhamdulillah rezeki baby itu mendapat keluarga angkat yang penyayang, yang sudah 18 tahun menunggu zuriat setelah wanita ini bersalin anak yang meninggal dunia selepas ia dilahirkan 18 tahun dulu. Nak jadi doktor pakar Gynae ni besar cabarannya, tetapi kita mesti sentiasa usahakan apa yang terbaik untuk setiap pesakit kita. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda.

Baca lagi
Post reply image