Mengandung selepas baby 5 bulan czer

Mengandunh jarak dekat, perlu ke gugurkan? Selamat ke walaupun selepas czer 5bulan?😔

7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Mai nak habaq. Menggugurkan kandungan itu bukan kaedah merancang keluarga. Merancang keluarga itu bukan menggugurkan kandungan tetapi mencegah kehamilan. Semua kaedah merancang keluarga itu bertujuan untuk mencegah kehamilan secara sementara selagi ia digunakan, tetapi ini bukan membunuh anak, dah bukan menggugurkan kandungan, sebab tak hamil pun. Kalau memang pun tak ada janin, maka tak boleh lah membunuh. Jika anda sudah hamil dan janin di dalam kandungan sudah ada degupan jantung, tidak kiralah apa usia kandungan itu, sengaja menggugurkannya ialah membunuh anak, walaupun belum lagi masuk roh. Apa yang kita tahu ialah rohnya dimasukkan bila usia kandungan 120 hari, tetapi tidak kira ada roh atau tidak, jika ia hidup, sengaja menggugurkan kandungan ialah satu perbuatan membunuh. Haram atau berdosa itu lain kira dan bergantung kepada apakah sebab anda menggugurkan kandungan. Jika sebab menggugurkan kandungan itu ialah untuk menyelamatkan ibu, maka ia bukan haram, walaupun anak itu sudah masuk roh. Jika tujuan menggugurkan kandungan itu bukan atas sebab ada perubatan kesihatan mental atau fizikal, atau proses menggugurkan kandungan itu tidak dilakukan di bawah pengawasan pakar Gynae, maka ia haram dan ia satu perbuatan jenayah mengikut undang-undang Malaysia, tidak kira janin yang hidup itu sudah masuk roh ke tidak. Kemudian, apakah masalah yang dikatakan boleh memudaratkan keselamatan ibu, ialah di atas pendapat Pakar Gynae, bukannya pendapat Ustaz, dan bukan juga pendapat pesakit. Maka Ustaz atau pesakit tak boleh kata boleh gugurkan atau tidak, tetapi Ustaz atau pesakit patut rujuk kepada doktor yang merawat dan bertanya, ‘Adakah meneruskan kehamilan ini memudaratkan keselamatan individu itu?’ setelah pemeriksaan dan penilaian kesihatan telah dilakukan oleh doktor pakar Gynae. Untuk kesihatan mental, perlu ada pemeriksaan dan penilaian kesihatan mental oleh pakar psychiatry. Maka doktor pakar Gynae akan bekerjasama dengan doktor pakar psychiatry sebelum keputusan boleh di buat untuk menggugurkan kandungan atas sebab masalah kesihatan mental. Ramai orang ada masalah kesihatan yang boleh dirawat, maka tak boleh laa kata jika ada masalah kesihatan saja boleh terus gugurkan kandungan, tanpa pendapat pakar. Sudah banyak kali bila saya beri rawatan dan kaunseling, kita boleh mengawal penyakit ibu hamil, boleh meneruskan kehamilan dan bersalin dengan selamat di bawah pantauan pakar maternal dan fetal medicine. Berdosa atau tidak tu hanya Allah yang tahu, sekiranya anda sengaja tidak merancang keluarga dan kemudian minta menggugurkan kandungan atas alasan masalah kesihatan tetapi pada hakikatnya anda sudah pun tahu ada masalah kesihatan ini sebelum anda membuat pilihan tidak menggunakan apa-apa kaedah merancang keluarga yang berkesan. Apa anda perlu tahu, ialah doktor pakar Gynae akan bersetuju menggugurkan kandungan atas sebab menyelamatkan ibu hamil dari kemudaratan, dan redha melakukannya sebab inilah yang terbaik untuk keselamatan ibu hamil, tetapi jika ibu hamil itu kemudiannya masih tidak mahu menggunakan kaedah merancang keluarga yang berkesan, doktor pun trauma dan terkesan jika terpaksa melakukan proses membunuh anak ini berkali-kali. Doktor pun ada perasaan, ada empati dan ada hati. Ramai doktor tidak sanggup nak jadi doktor O&G sebab tak sedap hati buat kerja menggugurkan kandungan ni. Jangan sangka pesakit saja nanti trauma, doktor pun trauma juga. Jadi, apa yang terbaik untuk pasangan suami isteri jika mereka sudah tahu yang mereka akan menggugurkan kandungan jika terhamil, ialah berusaha menggunakan kaedah merancang keluarga paling berkesan atau ikat peranakan (BTL). Baru-baru ini, seorang ibu hamil yang belum berkahwin beritahu saya, beliau telah insaf setelah melakukan perbuatan zina. Tetapi sudah cukuplah dosa beliau yang itu, beliau tidak mahu membunuh anak di dalam kandungan, walaupun teman lelakinya tidak mahu mengambil tanggungjawab dan meninggalkannya. Beliau tahu, beliau tiada masalah kesihatan, maka menggugurkan kandungan itu haram. Beliau pun sayang kepada nyawa anak di dalam kandungan dan mahu memberinya peluang hidup yang baik. Beliau pun mencari pasangan suami isteri yang mahukan anak angkat dan mereka bersama-sama datang berjumpa dengan saya untuk bersalin. Beliau bersalin ditemani oleh wanita yang akan mengambil anak itu sebagai anak angkat. Wanita itu pula belajar kaedah merangsangkan pengeluaran susu badan dan diberikan ubat yang merangsangkan pengeluaran hormon prolactin yang memberi stimulasi kepada payudara membuat susu. Kemudian wanita yang menjadi ibu angkat itu memulakan proses menyusukan anak angkatnya. Alhamdulillah rezeki baby itu mendapat keluarga angkat yang penyayang, yang sudah 18 tahun menunggu zuriat setelah wanita ini bersalin anak yang meninggal dunia selepas ia dilahirkan 18 tahun dulu. Nak jadi doktor pakar Gynae ni besar cabarannya, tetapi kita mesti sentiasa usahakan apa yang terbaik untuk setiap pesakit kita. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda.

Baca lagi
Post reply image

Ada ibu hamil, yang baru tahu dia mengandung dan terkejut sudah hampir 5 bulan hamil. Dia baru saja bersalin anak pertama 7 bulan dulu. Tak guna pun kaedah merancang keluarga sebab tak sangka boleh hamil semula terlalu cepat. Terkejut. Dia kata, “Hidup saya susah doktor. Ibu dan bapa saya sudah tiada. Saya tak mampu anak ini. Saya nak gugurkan.” Dia tak tahu pun tentang patients-patients saya yang datang berjumpa saya sebelum ini. Siapa patients yang saya dah jumpa sebelum ini? Mai nak habaq. Saya pun beritahu patient ini kisah 1,2,3,4 dan 5. 1) Ada ibu hamil yang datang jumpa saya menangis-nangis sebab terlalu subur, semua kaedah merancang keluarga pun gagal dan anak-anak berderet-deret tak terjaga dan tak dapat cukup perhatian. Dia kata, untunglah perempuan yang tidak terlalu subur seperti dia, boleh telan je pil perancang keluarga. Dia sudah berusaha semua jenis tetapi tidak berjaya. 2) Ada perempuan yang datang jumpa saya menangis-nangis sebab banyak kali cuba IVF tetapi setiap kali gagal dan belum ada anak. Dia kata, untunglah perempuan yang subur, dikurniakan anak berderet-deret dengan senang. 3) Ada ibu hamil yang datang jumpa saya menangis-nangis sebab walaupun subur dan sudah banyak kali hamil, tetapi kehamilan gugur di pertengahan kehamilan dan trauma bila hamil lagi, takut berulang lagi peristiwa keguguran. Dia kata, untunglah perempuan yang tidak rasa takut dan sedih bila hamil. 4) Ada perempuan yang datang jumpa saya menangis-nangis sebab ada masalah penyakit buah pinggang yang kronik yang teruk, hampir ke tahap end-stage-renal-failure dan hampir ke tahap yang memerlukan dialisis. Tetapi bila hamil, saya nasihatkan dia mesti menggugurkan kandungan untuk menyelamatkan buah pinggangnya yang terpaksa bekerja lebih teruk lagi bila hamil. Gugurkan kandungan sekarang untuk menyelamatkan nyawa anda. Dia perlukan buah pinggang yang baru iaitu kidney transplant sebelum boleh hamil dan melahirkan anak yang sihat dengan selamat. 5) Ada ibu hamil yang ada kanser pancreas yang sangat aggresif merebak ke hati. Saya beritahu beliau, jika beliau gugurkan kandungan pun, kanser sebegini tak boleh dirawat sebab jenis sel kanser yang aggresif. Jika beliau nak teruskan kehamilan pun saya akan sokong dan bantu seboleh daya saya, sebab saya tahu, Allah hantar ibu hamil ini kepada saya sebagai ujian kepada saya pula. Saya tahu, apa pun rawatan kita berikan, beliau akan meninggal dunia beberapa bulan saja lagi. Dengan sokongan dari saya, beliau bersetuju meneruskan kandungan untuk meninggalkan seorang waris. Saya pun membuat pembedahan Caesar yang sedikit pramatang untuk menyelamatkan anak yang tidak membesar, dua bulan sebelum ibu ini meninggal dunia. Alhamdulillah anak ini sihat walaupun ibunya sudah tiada. Bila kita diberikan ujian dan cabaran, fikirkanlah yang Allah maha adil. Jangan sesekali buat andaian dan sangka kehidupan kita ni lebih susah dari kehidupan orang lain. Jika kita bersangka begitu, dan kata, “Hidup Aku Susah”, kita akan rasa kita seorang mangsa yang perlukan simpati dan kita akan berhenti memberi bantuan kepada orang lain yang kita boleh tolong, sebab kita sangka hidup kita lebih susah. Padahal ada orang lain yang lebih susah dan cabaran yang kita hadapi itu sebenarnya tidak susah seperti orang lain. Bila saya beritahu ibu ini betapa cantik dan sihat anak di dalam kandungannya, dan Alhamdulillah ibu ini sangat sihat, dan saya beritahu kepadanya kisah 1, 2, 3, 4 dan 5, beliau pun insaf dan meneruskan kandungan dan melahirkan anak kedua dengan selamat. Kemudian beliau pun terima nasihat saya menggunakan kaedah merancang keluarga selepas bersalin. Mereka semua tak tahu Allah hantar kepada saya pelbagai cabaran juga untuk membantu mereka. Saya pun menangis juga. Tetapi saya tahu Allah maha adil dan saya tetap bersyukur diberikan peluang membantu mereka.

Baca lagi

tanya doc dorg yg lebih pakar sis saye pun ank 5bulan now n pregnant ✨ Welcome to the Group baby 2024 ✨ Group ni saye baru buat harini ahli memang tak ramai , boleh stay dlu dan same² share link untuk memeriahkn lagi group 😍 Group ini bertujuan mngumpulkan ibu² yang duedate 2024 bagi mengongsi kisah pregnancy masing2 dan saling membantu ibu² yang lain https://chat.whatsapp.com/LW1PSZkVvYUG86wBzsuFRU

Baca lagi
10mo ago

Invite sy blh ? Sbb xleh tekan link tu . Wasap 0199515191

bukan awak yg tentukan kandungan awak itu selamat atau tak. awak kena jumpa doctor. doctor yg akan advise awak samaada kandungan awak perlu diteruskan atau sebaliknya.

Jmpe Dr dlu ye sblum amek ape2 tindakan.. dptkn sokongan dr suami & rakan2 yg tdekat.. smoga urusan puan dpermudahkn..

Minta pandangan Dr ye. Lps ni mohon guna perancang dgn betul. Dosa jika gugurkan tanpa nasihat dr

VIP Member

consult dgn pakar