Mohon pendapat bumil (luar nikah)
mcmna prosedur remaja 19thn mengandung luar nikah utk buka buku pink ya.perlu ditemani oleh ibubapa ka?#pleasehelp

hi awak , saya pun hamil luar nikah dan sedang berpantang 39 hari dah . untuk prosedur buka buku pink di klinik kesihatan saya tak sure sebab saya dah berusia 21 tahun dan saya buka buku di klinik swasta pada awal kehamilan . tapi masa kandungan saya masuk 33 minggu saya sambung sendiri check up di klinik kerajaan . so basically dia akan tanya semua maklumat awak dan sejarah kesihatan awak dan keluarga . macam kes saya tak perlu bawa waris tapi disebabkan awak bawah umur awak wajib ada waris . awak juga akan berjumpa dengan unit social welfare untuk kes hamil luar nikah ni sebanyak dua kali . first masa awak mengandung ( nanti akan dapat appointment ) , kali kedua sebelum awak discharge dari hospital ( yang ni kena wajib ada waris kalau tak baby tak boleh keluar wad ) . sepanjang proses kehamilan dan bersalin nanti kes awak akan dirujuk oleh doktor pakar . alhamdulillah rezeki saya berjumpa dengan nurse , unit social welfare dan doktor pakar yang baik baik saja . awak jangan takut untuk buka buku pink ya ? ini untuk kesihatan awak dan baby juga . macam kes saya , saya kena anemia sepanjang tempoh hamil . sepanjang tempoh tu juga doktor dan nurse banyak bagi sokongan dan tips .
Baca lagi

