Bleeding selepas bersama suami

Hi mama mommy. Saya first time mom dah masuk 7w hari sabtu 7hb baru ni. Tapi saya ada bleeding. Dah pergi emergency, doktor kata baby okay takda apa apa. Darah pun keluar waktu tu je, balik hospital darah dah stop. Tapi hati tak sedap lah, sebab dua hari ni keluar macam keputihan yang warna coklat camtu. Tengok tiktok katanya normal. Tapi itulah tak sedap hati jugak. Walaupun doktor kata takda apa apa pun. Cuma sekarang alahan pun takda. Mama mommy ada nasihat atau padangan tak?

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalam mummy. Bleeding ni boleh jd atas macam macam sebab 1. Serviks tu luka sikit sebab bersama dengan suami- atas sebab pembuluh darah akan makin banyak waktu pregnant 2. subchorionic hematoma- pendarahan berdekatan dengan kantung baby 3. Tanda tanda keguguran Utk sekarang elakkn bersama suami. Banyak2 bed rest- minum air dan makan cukup. Kalau takut boleh scan lagi sekali di swasta, boleh ambik ubar T Duphaston di swasta as per dr suggestion. Semoga baby mummy bertahan

Baca lagi