Mommy yg berpantang

Makanan dalam pantang bersalin normal, waspada! Kalau tidak binasa badan! . Kementerian Kesihatan Malaysia dalam portal MyHealth menekankan bahawa setakat ini tiada bukti dari segi perubatan dan kajian saintifik bahawa makanan-makanan tertentu ini memberi kemudaratan kepada ibu lepas bersalin.?? . Kunci utama adalah memilih makanan yang SIHAT..So, ianya bergantung kepada ibu pantang itu sendiri sama ada untuk mengikut pantang-larang seperti yang diamalkan secara turun-temurun. . 1 – Rutin hidangan berpantang 44 hari Mummy2 yang baru bersalin memang akan cepat keliru memikirkan tentang makanan dalam pantang bersalin normal. Walauapapun, berhati-hatilah ketika memilih hidangan berpantang. Jika tidak, boleh terjadi tumpah darah atau badan berasa tidak selesa. . Namun begitu, apakah definisi sebenar berpantang?? Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, berpantang bermaksud sesuatu yang dilarang mengikut adat dan kepercayaan. Bagi wanita yang baru melahirkan anak, mereka dilarang melakukan perkara yang memudaratkan dan mengamalkan makanan yang sihat sehingga tempoh 44 hari.?☺️ . Apa makanan dalam pantang bersalin normal yang sihat dan apa pula makanan yang tidak boleh diambil? . 2 – Jangan ambil makanan yang tajam dan berangin dalam tempoh berpantang. Dalam kepercayaan masyarakat Melayu, banyak buah-buahan yang dianggap ‘sejuk’ atau berbisa. Antaranya seperti buah nenas, limau dan buah lai. . Bagi mummy yang menyusu badan, pakar laktasi menerusi BabyCenter berpendapat buah-buahan sitrus boleh menyebabkan masalah penghadaman bagi sesetengah baby.Jika anda mendapati baby kembung, muntah, atau tidak selesa selepas anda memakannya, eloklah anda mengelakkan pengambilannya. . 3 – Makanan dalam pantang bersalin normal: ayam dan lembu boleh makan tak??? Makanan dalam pantang bersalin normal yang pertama sekali mummy patut jadikan sebagai menu utama ialah ayam dan daging kerana ia membekalkan tenaga yang mencukupi untuk si mummy selepas melahirkan baby secara normal. . Oleh itu, untuk dapatkan kembali tenaga yang hilang. Mummy perlu mendapatkan khasiat dari daging ayam dan lembu dalam pemakanan seharian tatkala berpantang. Meskipun begitu, hindari bahagian lemak seperti kulit ayam, kulit lembu, hati, jantung dan sebagainya yang harus dielakkan kala meniti hari berpantang. . 4 – Makanan dalam pantang bersalin normal: ikan apa yang tak boleh dimakan? Ikan antara makanan popular kala berpantang. Misalnya ikan haruan merupakan makanan dalam pantang bersalin normal yang mampu menyembuhkan luka bersalin dengan lebih cepat tetapi today bagus utk awal berpantang...makanlah ikan seludu,plotan,merah,tenggiri,jenahak.... Manakala, ikan yu pula dikatakan mampu memperbanyakkan susu mummy. ?? . Walaupun begitu, makanan dalam pantang bersalin normal yang menyebabkan turun darah dan angin adalah seperti ikan duri, sembilang, kembung, cencaru dan lain-lain. . Selain itu, elak dari makan makanan laut yang lain seperti kerang, udang dan ketam????. Jangan mimpi nak makan seafood ini ketika berpantang ya! Akhirnya mummy akan rasai kegatalan di tempat jahitan. . 5 – Makanan dalam pantang bersalin normal: air apa boleh minum? Mummy perlu minum air secukupnya kerana dehidrasi boleh menjadi salah satu punca utama kehilangan tenaga. Mummy juga harus elakkan minuman bergas, sejuk dan tajam sepanjang tempoh berpantang.?? . 6 – Makanan dalam pantang bersalin normal: buah-buahan Makanan dalam pantang bersalin normal yang seterusnya adalah buah-buahan yang kaya dengan pelbagai vitamin dan nutrisi. Buah-buahan dengan warna yang terang seperti anggur, betik, oren, pisang, dan sebagainya sangat berkhasiat untuk mummy berpantang.??? . Terdapat beberapa buah-buahan yang dilarang seperti nenas yang dikatakan tajam dan boleh mengakibatkan tumpah darah. Cempedak dan nangka juga antara makanan dalam pantang bersalin normal yang harus dielakkan kerana menyebabkan angin dan sakit sendi. . 7 – Makanan dalam pantang bersalin normal: sayur-sayuran pula bagaimana? Selain itu, sayur-sayuran juga penting kala meniti hari berpantang. Antara sayur-sayuran yang digalakkan untuk dimakan seperti lobak putih, peria, sawi, dan brokoli??. Ini antara makanan dalam pantang bersalin normal yang bagus untuk peredaran darah. . 8 – Makanan dalam pantang bersalin normal: ulam-ulaman Ulam-ulaman merupakan makanan dalam pantang bersalin normal yang paling disyorkan. Ia mengandungi fiber, zat galian dan pelbagai jenis vitamin yang bersifat anti oksidan.?☺️? . 9 – Makanan pantang bersalin normal YANG PALING DILARANG Akak jugak nak pesan pada mummy supaya tak ambil makanan seperti burger, nugget, sosej, bihun, mee, ubi, laksa dan berminyak sebab ia merupakan makanan dalam pantang bersalin normal yang paling tidak boleh dimakan.?‍♀️ Selain itu,tidak mempunyai khasiat yang baik untuk penyusuan, makanan ini juga menyebabkan kembung, angin dan badan menjadi tidak bermaya.?

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

good advice

VIP Member

👍👍