cara turunkan kuning baby

macam mana ye nak turunkan kuning baby? hrini hari ketiga saya pergi checkup klinik & kuning baby naik. #firstmom #ingintahu

21 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

tengah struggle dengan baby kuning. last 318 bacaan. 2 kali kena warded. 1st time 4 hr warded, 2nd time 1 hr warded. dekat hospital breastfeeding & topup susu formula. nak buat cemana itu ja caranya walaupun ikut hati nak fully breastfeeding sampai baby 2 tahun. disebabkan mummy nya berdarah O so anak kena kuning 😢. buat masa berpantang ni makan pun sayur, ikan & rebus rebus kosong ja. lada hitam, halia, bawang putih & segala jamu herba berpantang belum ambil dulu. tiap 2 atau 3 jam sekali bagi susu dekat baby. kalau tidur pun kejutkan. biar dia minum sebab kuning hanya akan turun bila baby kerap kencing & berak. so far alhamdulillah dah turun ke 100 lebih & baru ni ambil darah untuk prolonged jaundis check if ada apa apa masalah dalaman. hopefully takda apa apa la pada baby. ada orang amalkan macam macam petua bagi baby minum tapi baby saya tak berani bagi minum selain dari susu badan atau formula. cuma ada cuba mandikan air daun kucai. so far okla membantu juga la makin turun kuning. apapun menyusu tu paling penting.

Baca lagi
TapFluencer

Sis boleh try minum anggur hitam atau sengkuang cina buah andai sis bf baby . Kalau sis berani boleh boleh suapkan 2-3 titik dlm mulut baby atau dalam botol sekali susu . (Ini saya pernah try hari last before discharge wad biasa 3 hari 2 malam , anggur hitam sekali dgn susu fm jaa drpd 3ratus lebih ke 280) Saya fully fm sampai kuning turun sebab susu badan punca kuning . Sekarang start bf mcm biasa . Then saya bagi mandi mandian nuraz , air badak dgn sirap gilir air badak dgn air suam . Petua lain tak menjadi dgn baby saya . Sambil tiup dalam air mulakan syahadah dan selawat nabi 3 kali berserta niat anak turun kuning dan dijauhkan penyakit serta sihat selalu . InsyaaAllah turun normal . Saya dan baby darah O , itu saya amalkan drpd 3ratus lebih ke bacaan 99 dalam 10 hari . Satu lagi , pesan pada baby , minta dia cepat sembuh sihat takmau tengok dia kena cucuk . InsyaaAllah dia akan dengar cakap mama dia , dengan baby ni kena pesan baik2 . Semoga membantu .

Baca lagi

Kak G darah o, jadi memang normal kuning baby turun naik. Sebulan baru ilang, sempat la jugak ambik darah baby 2 tabung hantar k lab untuk test blood ada masalah tak. Alhamdulillah takde. Bila darah o, doctor suggest bagi susu formula sebab darah o ni which is memang ada problem kalau bagi baby minum. Maksudnya memang lambat turun kuning. Tapi boleh je nyusu cuma lambat turun kuning tu. Kuning lama-lama tak bagus takut effect baby sawan. Sebab kuning tu sifatnya panas. Terpulang pada mommy nak bagi susu formula atau direct feeding. Tapi selepas kak G timbang tara semula, kak G buat keputusan bagi susu formula supaya cepat turun kuning. Pas habis kuning, kak G terus direct feeding sampai la baby 2 tahun nanti, In Sha Allah. Mommy pantang dulu makan jamu, halia, bawang putih, kunyit menda-menda yang panas time baby kuning.

Baca lagi

hai sis .. ni cara Sy la ye sy ibu berdarah O, anak sy 2 mlm msuk NICU sbb kuning Naik... tapi alhamdulillah dlm seminggu je resolved cased sbb dh trun elok. cara 1st sy bg mndi air rebusan daun kucai yg Kita blend pastu rebus. pstu mndikan baby mcm biasa Shari sy buat 2x. cara ke 2 boleh guna air mandi yg dicampur dgn air cap badak. buat 1x Shari. mnjdi jugak cara ni dgn anak sy. additional sy selang selikn susu Bdn dgn susu formula. lagi bgus stopkn dlu susu Bdn bg full formula dlu lagi cpt trun kuning ni yg Dr sy suggest haritu. sy follow buat jugak bila dh hbis kuning Sy myusu mcm biasa smpai 2 tahun 1 bulan alhamdulillah... cuma bila baby x myusu tu sis boleh pam simpan dlu takut bila x myusu boleh jdi bengkak susu...

Baca lagi

suami dan saya darah O. org kata darah O ni bby senang kuning/probability kuning tu tinggi. tp alhamdulillah anak sy kuning rendah x kene tahan wad sbb masa sy dpt je baby sy terus susukan baby. setiap sejam susukan masa kt wad. then dah balik rumah sy mmg kerap susukan dia setiap 1-2 jam sekali. alhamdulillah makin turun kuning. so mmg kene kerapkan susu badan je bagi baby kencing berak banyak. jamu2 jgn makan dulu. tunggu kuning baby habis baru boleh makan jamu

Baca lagi

Dkt hospital bg susu badan & nurse suruh top-up susu formula utk turunkan kuning bayi cpt. Tapi kuning anak saya ok lps 3 minggu mcmtu. Dr pakar kata darah sy dgn baby x ngam sbb sy drh o manakala baby drh b jd kuning boleh jd tinggi bila2 masa semula masa newborn tempoh hari & mmg betul ada hari kuning dia naik tinggi tiba2. So 1 minggu lebih duduk wad dgn baby sbb kuning after that check up kuning kt kk je.

Baca lagi

bagi susu badan dengan kerap, elakkan dalam makanan tu ada halia, kunyit, lada hitam, bawang putih dan serai. sbb yg tu semua boleh jadi punca kuning semakin tinggi. ni apa yg nursee bagitahu kepada saya masa saya dalam pantang dulu. sbb anak saya pun hampir 3 minggu bru elok kuningnya

Saya darah o Anak kuning 3hri Alhamdulillah sembuh Kita amalkan petua orang tua dulu2 Awal pagi bogelkn dia jemur atas matahari awal pagi 5-15minit ,buat tiap hari Insyallah lepas chek nanti turun mendedak bacaan kuning Bagi bayi Minum susu banyk Jangn tidur kerap

Baca lagi

Masa 1st baby saya kuning kami kasi mandi dia teh, bawa keluar matahari awal pagi, rajin bagi susu. Makin hari makin turun itu. Ada juga kat shopee jual teh mandian baby kuning boleh cuba juga.

kena kerap susukan sis. baby kuning ni kerap tido. kita kena selalu bg dia aktif. kalau kuning ni mmg kita penat, asik pergi balik klinik. tp kita kena alert dgn result kuning dia.