tambah susu badan

macam mana nak tambah susu badan ye? 🥺 ada tips tak mummy2 ? #pleasehelp #firstbaby #firstmom

15 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

if awak mampu, berduit, boleh amalkan supplements dari shaklee, set lepas bersalin,.macam macam ada baik untuk awak consume sepanjang berpantang, selain tu susu badan pun banyak, pekat dan berkhasiat..awak pun tak penat, lemau atau tak bermaya.. pemakanan pun kena jaga, makan sayuran2 hijau, makan lobak putih, oat, barli, halba. air masak minimum 2L hingga 3L sehari ya ..kalau tak cukup air dalam badan, susu kurang ...

Baca lagi

awak blh mkn kurma.. minum horlicks.. klau sy..sy mkn nasik bnyk😁tp berat x naik.. lpastu sy perasan yg bt susu sy kluar sndri bila mkn bnda yg bercheese.. basah baju.. tp tulh x kn nk mkn hari² cheese kn nt gemuk plk🤣 tp nasik mmang sy x blh tinggal & paling penting skli air kosong

1y ago

ya horlicks suam.. sy mkn yg bercheese tu cth kuih puteri ayu cheese...apam balik cheese..

minum banyak air kosong, masak sup lobak putih & sup betik muda. saya pernah cuba masa berpantang, alhamdulillah banyak susu. and paling penting kerapkan bagi baby kita menyusu & ibu² tak boleh stress sangat, kalau kita stress boleh bagi effect kpd pengeluaran susu ibu jugak sbnrnya

VIP Member

saya minum susu farm fresh Tu (pelbagai perisa)....sebotol sehari 😂 yogurt... pastu saya minum Horlick.... barley....makan nasi and roti... broccoli sup or tumis je...sup ayam or daging or tulang Tampa tumis or minyak ...air masak...biskut oat..🥰🥰

usia baby awak? cuba share apa yg buat awak rasa susu badan awak tak banyak? 1st awak kena cari punca dulu yg menyebabkan awak rasa susu badan awak berkurang.

1y ago

xpe awak keepedup. slow2 nnt susu bdn awak akan meningkat semula. awak mommy yg hebat💪❤️. awak mampu buat

VIP Member

rendam dua biji kurma dlm air biasa semalaman(letak dlm peti sejuk) esoknya blh mnum. amalkan makan kurma dan kismis. takde kurma rendam kismis pn blh.

Ada mcm2 tips sbnrnya tp ikut kesesuaian mummy.. mcm sy just mkn mcm biasa, mnum air byk lps tu ada amalkan minum air rebusan buah kering

ini yg saya menjadi dengan saya: 1.susu badam 2.minum air rebusan longan 3. barli selebihnya kena follow jadual pumping sis

Baca lagi

Pump 3 jam sekali. Buat power pumping 2 kali sehari. Kena konsisten. InshaAllah lepas seminggu nampak hasil

sy hari ke 6 baru ada susu, tu pun paksa baby breastfeed. skrg hari ke 11 tengah kencing susu menitik2