Prosedur dari sebelum melahirkan dan semasa
Hi maaf , saya tahu nanti dikecam tapi saya mengandung anak luar nikah. Sekarang 23 minggu. Saya duduk dengan tunang saya. Keluarga saya tidak tahu hal ini kerana saya dibuang oleh mereka. Saya masih belum buat buku pink lagi sebab saya tak tahu nak kena buat apa dan semasa melahirkan adakah anak saya akan diambil oleh JKM? Saya dan tunang berhasrat menikah tetapi selepas melahirkan. Kami sayangkan si kecil dalam perut ini dan tidak mahu buang atau beri kepada sesiapa. Saya tiada tempat untuk mengadu sebab saya masih terkejut selepas saya tahu saya mengandung. Saya disahkan ada PCOS tahun lepas dan tak boleh mengandung tetapi bila buat test positif & sekarang saya rasa ada benda di perut. 😣 maafkan saya.